Pilih calon rekrut militan Pengganas JI, KMM tidak akan majukan Batu Sapi!
18:11 Nov 18, 2022  |  By SabahKini2
Pilih calon rekrut militan Pengganas JI, KMM tidak akan majukan Batu Sapi!

Bekas Ahli kumpulan militan JI, KMM jadi wakil rakyat Warisan DUN Sekong apakah Sekong maju? Apa dia boleh buat sebagai pembangkang di Sekong? kini nak jadi MP Batu Sapi pula. Apa dia boleh buat jika jadi pembangkang? Biarkan Batu Sapi terus mundur!

Selepas PRN Sabah September 2020 Dun Sekong dimenangi oleh  Alias Sani dari Warisan dengan mendapat 5,937 undi Majoriti 1,599 undi berbanding Hazulizah (BN-Umno) yang mendapat 4,338 undi agaknya apa Alis Sani buat di Dun Sekong?

Dun Sekong maju?  Hanya populariti tidak cukup untuk membangunkan DUN Sekong. Kini Alias Sani sekali lagi bertanding dalam PRU-15 di Parlimen Batu Sapi.

Agaknya apa rakyat Batu Sapi mahu? Mahu terus ketinggalan di belakang 5 tahun lagi?

Kini Alias Sani berhadapan calon GRS-BN Khairul Firdaus Akhbar Khan, Liu Fui Fui daripada PH, Narseso P Juanico Pejuang dan Othman Ahmad (Bebas).

Mahu pembangunan maka rakyat Batu Sapi perlu menyokong kerajaan GRS-BN yang memerintah negeri Sabah sekarang sehingga 3 tahun lagi atau mungkin 5 tahun lagi selepas PRU-15. Sampai bila orang Batu Sapi mahu terus mundur?

PRN Sabah 2020 Sabahkini2 pernah membangkitkan Alias Sani dari Warisan merupakan bekas ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah (JI) yang ditahan ISA. Kumpulan yang ramai ditahan sekitar tahun 2001 dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

[ARTIKEL BERKAITAN- Calon Warisan mengaku ditahan ISA tapi rahsiakan dirinya ahli JI pertubuhan pengganas ]

Calon Warisan mengaku ditahan ISA tapi rahsiakan dirinya ahli JI pertubuhan pengganas

 

 

Pada 18 dan 19 Oktober 2006, 17 orang yang ditahan bawah Seksyen 73(1) Akta ISA 1960 berkuat kuasa 24 September 2001 seperti Nik Adli Nik Abd Aziz, Mohd Rafi Udin, Zid Shaharani Mohd Isa, Ahmad Pozi Darman, Zainon Ismail dan Md Lotfi Ariffin dibebaskan.

Bukan lagi rahsia Jemaah Islamiah kumpulan mendakwa mereka pejuang agama, berdedikasi untuk mendirikan sebuah negara Islam raya di Nusantara, khususnya Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia, Thailand dan Filipina.

Alias bukanlah pemimpin kanan JI tetapi beliau adalah anggota yang dilatih mewakili Sabah. Oleh itu penahanan Alias Sani dalam ISA bukan jenayah biasa tetapi menganggotai pertubuhan pengganas dan mencari dana untuk pertubuhan itu atas nama jihad. Alias sendiri mengaku mereka belajar agama dan mengumpul dana bagi gerakan mereka.

PH- Warisan penaja 'Pengganas'

Bukanlah sesuatu yang asing PH dan Warisan melatih dan menaja Pengganas atau bekas-bekas pengganas seperti  kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia  dan  kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam  (LTTE). Oktober 2019 negara dikecohkan dengan tangkapan Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang ketua pegawai perbadanan didakwa di Mahkamah Sesyen di Melaka atas pertuduhan memberi sokongan kepada, kumpulan pemisah yang terbabit dalam perang saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka.

ARTIKEL BERKAITAN- Hipokrasi 3: Terbukti Shafie Warisan, PH DAP 'Penternak' Pengganas di Malaysia!

ARTIKEL BERKAITAN-  [VIDEO] Dua Adun DAP terlibat Pengganas LTTE ditahan polis, selepas ini P Ramasamy?

Hipokrasi 3: Terbukti Shafie Warisan, PH DAP 'Penternak' Pengganas di Malaysia!

Lebih menyakitkan hati pada Februari 2020, Peguam Negara ketika itu Tommy Thomas menarik balik pertuduhan terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan aktiviti Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkuat kuasa serta merta.

Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di Sandakan

Ogos 2021 Negara dikejutkan dengan insiden cubaan menculik taukeh  Ladang Borhill (Syarikat Borhill Estates Sdn Bhd) milik  Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik atau lebih dikenali Datuk Peter Hii Chang Lik bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang dilantik Kerajaan Warisan ( 2018). Namun sangat mengejutkan rupanya ladang itu dijadikan pusat rekrut Kumpulan Abu Sayyaf di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan Ladang Borhill milik Peter Hii kroni Shafie Apdal pusat rekrut Abu Sayyaf di Sabah!]

 

Mengejutkan Ladang Borhill milik Peter Hii kroni Shafie Apdal pusat rekrut Abu Sayyaf di Sabah!

 

Orang Sandakan, Batu Sapi kalau pertahan lagi geng bekas pengganas ni Batu Sapi tak ke mana. Kekal ditahap sekarang. Batu Sapi perlukan pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat. Bukan Alias Sani bekas pengganas dan gagal majukan Sekong. 

 

6 Comments