Penggunaan kata 'Ekor' rendahkan maruah orang cina, rakyat diseru tolak Warisan! - Dr Roland Chia
19:11 Nov 18, 2022  |  By SabahKini2
Penggunaan kata 'Ekor' rendahkan maruah orang cina, rakyat diseru tolak Warisan! - Dr Roland Chia

Penggunaan kata ekor untuk merujuk kaum cina adalah sangat merendahkan maruah orang Cina & tidak ada sebarang permohonan maaf yang akan dapat memulihkan kenyataan yang merosakkan imej tersebut. Orang Cina bukannya haiwan atau mereka yang hidup terhina.

Penghinaan 'Satu Ekor Cina'

Penggunaan kata ekor untuk merujuk kaum kedua terbesar di Malaysia itu adalah sangat merendahkan maruah orang Cina dan tidak ada sebarang permohonan maaf yang akan dapat memulihkan kenyataan yang merosakkan imej tersebut. Orang Cina bukannya haiwan atau mereka yang hidup terhina. Orang Cina di Malaysia terutamanya di Sabah merupakan sebahagian daripada masyarakat yang terlibat dalam pembentukan Malaysia. Melabel dan menggunakan perkataan ekor untuk merujuk kami adalah satu penghinaan yang cukup merendahkan maruah semua orang Cina Sabah dan Malaysia.

Kata-kata yang dilontarkan itu mencerminkan pendapat serta pandangan dalaman hati seorang pemimpin. Atas sebab ini, saya menyeru seluruh masyarakat Cina untuk mengambil kira dan merenung perkara ini semasa kita membuang undi pada 19 November 2022 nanti, sama ada kita patut ataupun tidak, mengundi parti yang melabelkan kita sebagai haiwan dan mengamalkan politik longkang dengan merendahkan sesuatu kaum dengan merujuk mereka menggunakan penjodoh bilangan ekor itu. Perkara ini akan tercatat dalam sejarah, bahawasanya seorang bekas Ketua Menteri Sabah dan juga bekas menteri persekutuan yang nengamalkan POLITIK EKOR.  Kita mesti menolak POLITIK EKOR.

Untuk rekod, di bawah pimpinan YAB DSP Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, walaupun tiada wakil Cina dalam kerajaan GRS-BN, namun YB DSP Yong Teck Lee masih terpilih sebagai ADUN Lantikan.

Di peringkat GLC pula, DSP Yee Moh Chai dilantik sebagai Pengerusi Sabah Credit Corporation, Datuk Edward Yong sebagai Pengerusi Hyatt International Hotel, Datuk Vincent Pung mengetuai Bank Pembangunan Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai Penasihat Khas Ketua Menteri berkenaan Pelancongan, Datuk Peter Thien sebagai Penasihat Khas Ketua Menteri mengenai Kewangan dan Ekonomi, Datuk Adeline Leong sebagai Pengerusi IDS dan ramai lagi pemimpin politik dan masyarakat Cina dalam jawatan kerajaan.

Ketua Menteri juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Sabah yang dianggotai oleh Pengusaha Industri Cina Sabah untuk menasihati Kerajaan Negeri.

Juga di bawah YAB DSP Hajiji, beliau telah memperuntukkan peruntukan tertinggi kepada pertubuhan-pertubuhan bukan Islam termasuklah sekolah-sekolah Cina (persendirian atau kerajaan), Tokong Cina, 'Mission School', Gereja & Tokong Hindu. Untuk tahun 2022 sahaja RM47 juta dan tahun 2023 pula RM54 juta, dan diumumkan oleh Ketua Menteri sendiri.

Dari segi pelaburan pula, ramai pelabur China menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Menteri yang mengamalkan bentuk kepimpinan yang menyeluruh dan konsensus beliau dalam membawa semua parti membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang sekaligus mewujudkan kestabilan politik di negeri Sabah.

Saya menyeru masyarakat Cina menolak parti politik yang menyamakan kita dengan anjing dan kucing

Datuk Dr Roland Chia

 

[ARTIKEL BERKAITAN-  (VIDEO) Shafie Warisan hina bangsa cina anggap binatang 'Satu Ekor Cina'

 

(VIDEO) Shafie Warisan hina bangsa cina anggap binatang 'Satu Ekor Cina'

3 Comments