Bentuk kerajaan: 3 pemimpin tertinggi BN, 4 Wakil GPS menghadap Agong
13:11 Nov 23, 2022  |  By SabahKini2
Bentuk kerajaan: 3 pemimpin tertinggi BN, 4 Wakil GPS menghadap Agong

Datuk Seri Ahmad Zahid, TokMat Hassan, Zamry dan 4 wakil GPS diminta menghadap Agong pagi ini bagi memutuskan pembentukan kerajaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara pagi ini, untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan berwarna putih dinaiki Ahmad Zahid memasuki Istana Negara melalui pintu dua pada kira-kira 10.45 pagi, sejurus selepas kenderaan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hassan tiba pada 10.40 pagi.

Turut kelihatan masuk melalui pintu sama ke Istana Negara ialah kenderaan membawa Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Beberapa buah kereta lagi dinaiki wakil GPS turut dipanggil ke Istana Negara.

Lima wakil GPS yang menghadap Agong hari ini adalah Nanta, Fadillah Yusof (PBB), Richard Riot (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) dan, Aaron Ago Dagang (Parti Rakyat Sarawak).

Alexander Nanta Linggi dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dilihat sempat melambai kepada media ketika keluar istana

Semalam, Al-Sultan Abdullah menitahkan Ahli Parlimen BN menghadap Seri Paduka di Istana Negara secara individu pada 10.30 pagi ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata ia lanjutan daripada sesi menghadap baginda oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Negara, petang semalam.

Terdahulu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim dilihat masuk ke Istana Negara melalui pintu sama.

Kemelut berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-10 berlanjutan memasuki hari keempat selepas tiada gabungan parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lepas bagi membentuk kerajaan.

Keputusan PRU15 menyaksikan BN memperoleh 30 kerusi, PH (82), PN (73), GPS (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi

Agong menitahkan PH dan PN bergabung untuk membentuk Kerajaan Perpaduan namun Tan Sri Muhyiddin menolak cadangan itu.

Hari ini dilaporkan Agong menitahkan meneruskan Kerajaan Perpaduan bagi mengatas segera kemelut pelantikan PM. Bagaimanapun tidak diketahui status penyelesaian itu selepas ketua-ketua komponen mengadap Agong di Istana Negara

 

 

 

 

 

Comment