GRS akur keputusan Agong wujudkan Kerajaan Perpaduan
13:11 Nov 24, 2022  |  By SabahKini2
GRS  akur keputusan Agong wujudkan Kerajaan Perpaduan

GRS berpendirian bahawa adalah perlu pembentukan kerajaan persekutuan dilaksanakan dengan segera

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akur dengan sebarang keputusan dan nasihat Yang Di-Pertuan Agong berhubung pelantikan perdana menteri, kata pengerusinya, Hajiji Noor.

“GRS berpendirian bahawa adalah perlu pembentukan kerajaan persekutuan dilaksanakan dengan segera,” katanya dalam kenyataan.

“Oleh itu, GRS senada dengan GPS untuk akur (dengan) apa saja keputusan dan nasihat Yang Di-Pertuan Agong mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.”

Negara mesti mempunyai kestabilan politik untuk menjamin kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat, tambahnya.

GRS dan GPS sebelum ini menyatakan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan kerajaan persekutuan, termasuk Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri seterusnya.

Bagaimanapun, GPS kemudian menyatakan bahawa ia menyerahkan pelantikan perdana menteri baharu kepada Agong.

 

 

3 Comments