Najib hargai sumbangan Robert Kuok
17:02 Feb 27, 2018  |  By SabahKini2
Najib hargai sumbangan Robert Kuok

Kejayaan Kuok sebagai seorang usahawan adalah satu cerita kejayaan Malaysia dan ia telah menjadi inspirasi kepada golongan usahawan untuk berjaya

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji Robert Kuok hartawan itu kerana sumbangan kepada kemajuan negara.

“Kejayaan Kuok sebagai seorang usahawan adalah satu cerita kejayaan Malaysia dan ia telah menjadi inspirasi kepada golongan usahawan untuk berjaya,” kata kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar PM Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Semalam, pejabat Kuok menafikan dakwaan Raja Petra terhadapnya dslam blognya baru-baru ini.

“Kuok mahu merakamkan penghargaan sedalam-dalamnya kepada peluang yang diberikan kepadanya dan mengakui sumbangan oleh rakyat semua kepercayaan, kaum dan agama kepada pembangunan Malaysia sehingga hari ini, dan komitmen berterusan yang dikongsi semua rakyat dalam memastikan masa depan negara yang cerah.

“Kuok sangat menghormati pemimpin Malaysia yang sepanjang hidup mereka melakukan segala yang boleh untuk kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu.

Tengku Sariffuddin berkata Najib menyambut baik kenyataan penghargaan daripada Kuok kepada kerajaan, dan menambah perdana menteri menganggap beliau seorang yang rajin, berdisiplin dan tekun bekerja.

Beliau berkata Najib masih percaya bantuan kerajaan serta peluang-peluang pekerjaan, pendidikan dan perniagaan masih diperlukan untuk membolehkan individu mencapai kejayaan.

Comment