Anwar PM kata BN, GPS dapat jawatan TPM
23:11 Nov 24, 2022  |  By SabahKini2
Anwar PM kata  BN, GPS dapat jawatan TPM

Anwar Ibrahim memberi bayangan dua jawatan timbalan perdana menteri dengan masing-masing diberikan kepada ahli parlimen BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Anwar Ibrahim memberi bayangan malam ini bahawa akan ada dua jawatan timbalan perdana menteri dengan masing-masing diberikan kepada ahli parlimen BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bercakap dalam sidang media pertamanya sebagai perdana menteri malam ini, Anwar berkata, hal itu kerana kedua-dua parti terbabit merupakan gabungan utama dalam kerajaan perpaduan pimpinannya.

"Ini melibatkan kerajaan perpaduan... bagi ruang untuk kami berbincang dulu.

"Jawatan timbalan perdana menteri biasanya daripada komponen kuat yang lain (selain PH), setakat ini dari BN.

"Dan Sabah, Sarawak... komponen terkuat Sabah dan Sarawak ialah GPS," katanya di Kajang.

Anwar berkata, memandangkan jawatan perdana menteri telah disandang oleh PH selaku komponen terbesar, jawatan timbalan perdana menteri akan diberikan kepada rakan gabungan mereka.

Jelas ahli parlimen Tambun itu kerajaan pimpinan perpaduan itu dianggotai BN, GPS sebagai tujang serta Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Muda.

 

 

Comment