Ketua Mentari Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bertemu pemimpin DAP
20:11 Nov 28, 2022  |  By SabahKini2
Ketua Mentari Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bertemu pemimpin DAP

Pertemuan Datuk Seri Hajiji Noor dengan pemimpin DAP di Mandarin Oriental, hari ini. Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk komitmen kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, di Mandarin Oriental di sini pada Isnin.

Antara pemimpin DAP yang turut menyertai pertemuan kepada Ketua Menteri itu ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang juga ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pusat, Chan Foong Hin.

Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk komitmen kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr Roland Chia.

Pada Ahad, Chan turut menyertai rombongan Ketua Menteri yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabatnya di Putrajaya, Kuala Lumpur.

2 Comments