Jaujan bekas Menteri Warisan, syarikat MC kroni punca penyenggaraan PPR Sabah teruk 2018-2020
23:12 Dec 01, 2022  |  By SabahKini2
Jaujan bekas Menteri Warisan, syarikat MC kroni punca penyenggaraan PPR Sabah teruk 2018-2020

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020 Siri 1 membuktikan pengurusan PPR sejak 2018-2020 lemah. Selain kelemahan PBT juga lantikan syarikat MC yang mengurus kerja Senggaraan PPR seluruh Sabah. 4 Syarikat dilantik namun semuanya teruk.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2020 SIRI 1 Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah;

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2021 SIRI 1 Mengenai Aktiviti Kementerian dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah dan;

LAPORAN KETUA AUDIT Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Sabah Tahun 2021

Menunjukkan pengauditan dibuat terhadap 46 agensi negeri yang terdiri daripada 18 Badan Berkanun Negeri (BBN), 26 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan dua Majlis Agama Islam (MAI).

Sebanyak 31 agensi negeri telah mengemukakan penyata kewangan dalam tempoh yang ditetapkan. Sebanyak 12 agensi negeri pula mengemukakan penyata kewangan selepas 30 April 2022.

Setakat 31 Ogos 2022, sebanyak tiga agensi negeri belum mengemukakan penyata kewangan walaupun telah mendapat kelulusan daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan sehingga 31 Julai 2022. Agensi itu ialah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah, Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar, dan Perbadanan Baitumal Negeri Sabah (Baitulmal  dapat pengecualian).

Datuk Masiung Banah dan Datuk Rubin Balang

Agensi dipengerusikan oleh Datuk Rubin Balang Adun Kemabong dan Datuk Masiung Banah itu nampaknya gagal berbuat demikian. Sekalipun mereka memimpin agensi selepas September 2020 namun tidak wajar penyata kewangan mereka gagal diberi.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2020 SIRI 1 mendedahkan dua kementerian dan dua jabatan yang diberi teguran kerana terdapat terdapat beberapa kelemahan dalam tadbir urus Pengurusan.


KKTP- lemahnya pengurusan PPR

Program Perumahan Rakyat di Negeri Sabah bagi tahun 2020 di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang sebelum ini Menterinya adalah Datuk Jaujan Sambakong daripada Kerajaan Warisan menunjukkan banyak kelemahan.

Pengurusan PPR oleh Ketua Audit Negara dinilai bagi tempoh tahun 2018 hingga 2020 jelas bawah Jaujan.

Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan projek Kerajaan Persekutuan bawah KPKT yang dibina sejak RMke-8 iaitu sehingga 2020, 39 projek PPR atau 26,679 telah dibina dengan kos RM2.869 bilion. Projek PPR ini kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah serta PBT untuk diuruskan.

Bagaimanapun menurut laporan terdapat hanya tujuh PPR telah diisi untuk penyewaan bagi menempatkan 2,884 penyewa daripada 3,495 unit rumah yang tersedia untuk disewa. Lebih kurang 600 lagi kekosongan tidak dapat diisi.

Pencapaian keseluruhan objektif PPR tidak dapat dinilai kerana kajian mengenainya masih belum dilaksanakan. Ini bermakna aduan seperti pemohon PPR yang tidak layak yang kini menginap di rumah PPR tidak dapat dikenal pasti. Malah sasaran penempatan setinggan dan golongan berpendapatan rendah (B40) RM3000 juga gagal.

Bukan itu sahaja PPR yang diluluskan kepada penyewa disewakan kepada individu lain.

Paling ketara ialah kelemahan dalam aspek penyediaan klausa perjanjian Management Company dan penyelenggaraan dokumen penyewaan kepada syarikat pengurusan fasiliti yang dilantik menguruskan PPR.

Ketika Warisan menjadi pemerintah KKTP melantik empat Management Company (MC) menguruskan PPR iaitu;

  1. JPHS PROPERTY MANAGEMENT SDN. BHD (375752-U) 14 PPR dengan 10,643 unit rumah.
  2. C.H. WILLIAMS TALHAR AND WONG (SABAH) SDN. BHD (34874-P), 7 PPR dengan 5,616 unit
  3. PENGURUSAN HARTA AMALMAJU SDN. BHD (1309080-W), 7 PPR dengan 4,098 unit
  4. dan JURUNILAI PERUNDING JPHS SDN. BHD (1087883-W) mengurus 1 PPR dengan 470 unit rumah. (Kini MNK PROPERTY MANAGERS SDN. BHD).

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020 Siri 1 jelas membuktikan kelemahan pelaksanaan penyenggaraan PPR oleh MC.

Semakan menunjukkan 4 Syarikat itu 'saling berpakat'. Dua syarikat dari kroni yang sama iaitu JPHS PROPERTY MANAGEMENT SDN. BHD dan JURUNILAI PERUNDING JPHS SDN. BHD (1087883-W). Bayangkan 14 PPR dengan lebih 10,000 unit diuruskan oleh Dato’ Chang Fu Lin @ Chang Fui Lin dan isterinya Datin Wong Su Len. Dato' dari Tawau ini dikatakan rapat dengan Datuk Jaujan dan Warisan. Syarikat JPHS Property Management ini nampaknya telah dibatal atau ditutup.

 


Siapa Dato' dan Datin syarikat bernombor 375752-U?

 

 

Isu PPR bukan baru Portal Sabahkini2 pada September 2018 pernah mendedahkan isu 500 PPR Taman Sri Serigai Putatan yang dipohon oleh lebih 6000 pemohon tetapi 150 kuota disediakan untuk Menteri Warisan, MP 50 orang dan Adun 50 orang. Bakinya 250 dibuka kepada orang awam. Mahu rumah PPR perlu sokongan surat mereka.

Lebih teruk ketika itu 150 orang kuota diberi kepada ‘Orang Semporna’ oleh Datuk Jaujan Sambakong Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Turut berlaku insiden pecah pintu akibat jual borang RM5 oleh Majlis Daerah Putatan.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) PPR Putatan: Menteri khususkan 150 unit untuk ‘Orang Semporna’? ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Tipu PPR Segindai guna kuota menteri, 'Pengikut Warisan' Adun Petagas dilapor polis ]

(VIDEO) PPR Putatan: Menteri khususkan 150 unit untuk ‘Orang Semporna’?Kontroversi 2018 dari YB Warisan dan PH ketika itu

Maka benarlah dakwaan YB Moyog Datuk Darell Leiking Timbalan Presiden Warisan mengenai dakwaan pemohon tidak layak menghuni PPR di Sabah sekarang. 

Seperti kata Datuk Seri Masidi Manjun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah satu pasukan petugas khas telah dibentuk untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang didapati tidak layak untuk menetap di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Sabah.

Pasukan itu juga akan membuat pemeriksaan ke PPR terlibat termasuk akan mengeluarkan individu tidak layak dari rumah berkenaan.

“Ini bukan sesuatu yang baharu berlaku, tetapi ia juga berlaku di PPR lain.  Justeru kita telah membentuk satu pasukan petugas khas untuk membuat pemeriksaan kepada semua PPR bagi memastikan mereka yang layak sahaja menduduki di situ.

“Betullah apa yang dinyatakan YB Moyog, kadang-kadang kita dukacita juga yang PPR ini sepatutnya orang B40 berpendapatan rendah.  Jadi saya minta ahli-ahli yang ada di dewan ini tolonglah jangan bagi rekomendasi kepada mereka yang tidak layak,” katanya.

Hakikatnya ada wakil rakyat yang menyokong permohonan keluarga yang tidak layak. Itu belum masuk lagi permainan Pegawai PBT atau orang dalam yang membantu permohonan bukan dari keluarga B40 mendapat rumah PPR. Oleh itu cadangan mengusir sesuatu yang wajar. Bagaimana keluarga bukan B40 atau memiliki kenderaan mewah boleh tinggal di PPR?.

Kita berharap Menteri KKTP Kerajaan GRS Datuk Seri Masidi Manjun mengubah pengurusan PPR di bawah PBT dan juga lantikan syarikat MC bagi kerja-kerja senggeraan PPR di Seluruh Sabah. 

Adalah tidak masuk akal sebuah syarikat seperti JPHS PROPERTY MANAGEMENT SDN. BHD (375752-U) menguruskan 14 kawasan PPR dengan 10,643 unit rumah. Syarikat yang monopoli hanya sub ke syarikat lain yang akhirnya pengurusan senggeraan PPR gagal dilaksanakan. 

 

 

 

 

11 Comments