Anwar mempengerusikan mesyuarat khas pertama Jemaah Menteri
16:12 Dec 05, 2022  |  By SabahKini2
Anwar mempengerusikan mesyuarat khas pertama Jemaah Menteri

Anwar akan mempengerusikan mesyuarat khas Jemaah Menteri kerajaan perpaduan di Perdana Putra hari ini.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Jemaah Menteri kerajaan perpaduan di Perdana Putra.

Pada 2 Dis, Anwar mengumumkan barisan Jemaah Menteri yang dianggotai 28 menteri serta dua timbalan perdana menteri, selain beliau sendiri memegang portfolio menteri kewangan.

Mesyuarat pertama yang dihadiri semua Jemaah Menteri itu bermula 10 pagi.

Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan

Anwar tiba di bangunan Perdana Putra kira-kira 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas tersebut.

Beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 Nov lepas.

Kebanyakan menteri Kabinet telah mengimbas kad perakam waktu dan memasuki pejabat masing-masing sebelum menghadiri mesyuarat berkenaan.

Comment