Anwar pertahan Zahid Hamidi sebagai TPM
20:12 Dec 05, 2022  |  By SabahKini2
Anwar pertahan Zahid Hamidi sebagai TPM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dengan menegaskan beliau tidak boleh menolak kepentingan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam kerajaan perpaduan diketuainya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dengan menegaskan beliau tidak boleh menolak kepentingan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam kerajaan perpaduan diketuainya.

Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.

Jumaat lalu Zahid dinamakan sebagai seorang daripada timbalan perdana menteri dalam 28 Jemaah Menteri Anwar.

Sekalipun warganet memberikan pandangan negatif kepada pelantikan Zahid sebagai orang nombor dua paling berkuasa dalam kerajaan termasuk para aktivis anti-rasuah dan ahli politik pembangkang namun Anwar mempertahankan keputusannya.

“Itu hak mereka,” kata Anwar ketika ditanya mengenai keputusan pelantikan itu.

“Beliau (Zahid) telah didakwa (di mahkamah) dan belum dihukum lagi, ia adalah proses yang perlu kita hormati.

“Beliau adalah presiden Umno dan juga pengerusi BN. Dalam keadaan (kerajaan perpaduan) seperti ini, saya perlu mengambil kira faktor itu,” katanya dalam sidang media.

Zahid memainkan peranan penting dalam mendapatkan sokongan BN terhadap Anwar walaupun terdapat bantahan daripada ‘Geng Broker’ apabila 10 Ahli Parlimen BN menandatangani SD ‘pintu belakang’ kepada Tan Sri Muhyiddin Perikatan Nasional.

Ahli Parlimen yang masih mempunyai kes di mahkamah termasuk Zahid, Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin.

Bung Moktar masih lagi sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah yang juga Pengerusi BN Sabah.

 

3 Comments