SPRM siasat dakwaan Annuar Musa masuk ‘bilik tidur’ Muhyiddin beri UMNO Sabah puluhan jutaan ringgit
23:12 Dec 06, 2022  |  By SabahKini2
SPRM siasat dakwaan Annuar Musa masuk ‘bilik tidur’ Muhyiddin beri UMNO Sabah puluhan jutaan ringgit

Kerana dakwaan Annuar Musa menerima wang puluhan juta dari 'Bilik' Muhyiddin bantu UMNO Sabah kempen PRN2020 SPRM menyiasat sumber kewangan itu. Dana mana duit sebanyak itu? Ada dakwaan UMNO Sabah tidak menerima dana mencukupi membiayai PRN Sabah.


Antara sedutan pengakuan Annuar Musa memuja Muhyiddin Yassin

Dakwaan Annuar Musa bahawa Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjadi perdana menteri menyalurkan jutaan ringgit bagi membantu Umno Sabah dalam pilihan raya negeri Sabah 2020 mencetuskan persoalan dalam kalangan warganet mengenai sumber dana tersebut.

Dalam satu video bual bicara yang tular di laman sosial seperti facebook dan Tiktok, Annuar Musa berkata, tuduhan bahawa pengerusi Perikatan Nasional (PN) mahu “bunuh” Umno sebagai “bohong dan palsu”.

Susulan pendedahan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya menyiasat dakwaan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa berhubung Muhyiddin Yassin mengenai wang puluhan juta dari bilik tidur Muhyiddin membantu pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

“Saya loncat naik atas kapal terbang pergi ke Sibu…tanya Muhyiddin, saya masuk dalam bilik tidur dia beritahu Umno habis duit di Sabah, tak cukup duit. Berpuluh juta Muhyiddin bagi membantu Umno Sabah,” kata Annuar dalam video yang dimuat naik dua hari selepas PRU15.

Menurut sumber, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu dan akan memanggil Muhyiddin serta Annuar untuk disoal siasat.

Annuar yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia, antara pemimpin Umno yang digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU15.

Menurut sumber di Sabah dana PRN disebut ‘puluhan juta’ itu tidak sampaipun kepada UMNO Sabah yang mencetuskan persoalan kepada dana puluhan juta yang disebut Annuar Musa itu.

Terdapat desas-desus RM50juta namun jumlah tepat tidak diketahui dan kekal misteri hingga ke hari ini.

 

3 Comments