4 Adun BN Sabah dalang SD cubaan tukar kerajaan negeri sokong Shafie Ketua Menteri Sabah Baharu?
09:12 Dec 07, 2022  |  By SabahKini2
4 Adun BN Sabah dalang SD cubaan tukar kerajaan negeri sokong Shafie Ketua Menteri Sabah Baharu?

Politik Sabah bergolak lagi. Hanya kerana tidak puas hati maka SD sokongan 4 Adun BN Sabah dilaporkan diberi kepada Shafie Warisan untuk jadi Ketua Menteri semula. Namun beberapa Adun BN Sabah dan PH tolak Warisan

Kecewa dengan kedudukan Negeri Sabah hanya mendapat dua menteri kabinet memungkinkan Kerajaan Negeri Sabah bergoyang sekali lagi

Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri gabungan PH, BN dan GPS tentunya kedudukan Sabah mendapat perhatian kerana anggota komponen GRS  daripada Parti Pribumi Bersatu (PPBM) merupakan komponen dalam Perikatan Nasional sebagai pembangkang di Semenanjung

Namun itulah keunikan politik di Sabah GRS-BN boleh bekerjasama sebagai sebuah kerajaan demi kepentingan politik rakyat Sabah. PRU ke 15 GRS menang 6 kerusi dan BN Sabah menang 7 kerusi.

GRS, PKDM dan bebas menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim selepas Anwar menjadi PM


Ketua Menteri, pemimpin GRS, PH dan PKDM melakukan bertemu
Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini

SD 'Pintu Belakang'


Seperti di Semenjung SD 'pintu belakang' juga berlaku di Sabah. Terbaru terdapat desas-desus usaha 4 Adun BN Sabah bersama dengan Adun Parti Warisan Sabah mengumpul SD bagi membentuk kabinet  negeri yang baru diketuai oleh Shafie Apdal Presiden Warisan sebagai Ketua Menteri. 

Sumber itu mendedahkan Warisan yang mempunyai 20 kerusi dun cuba bergabung dengan  4 adun BN serta beberapa kerusi Pakatan Harapan dan Adun lantikan. Bagaimanapun gabungan itu gagal selepas PH mengadakan kerjasama menyokong Hajiji Ketua Menteri selain majoriti adun BN menolak gerakan itu.

Pemimpin PH bertemu Hajiji Ketua Menteri

 

Mengapa 4 Adun itu memilih semula Shafie Ketua Menteri? sedangkan di negeri BN kalah seperti Perak dan Pahang masing-masing memilih BN-PH sebagai Menteri Besar. Ada sesuatu tidak kena mengangkat Shafie Apdal.

Undang-undang lompat parti belum diluluskan di Dun Sabah oleh itu usaha Warisan menggunakan ‘pintu belakang’  sebagaimana 12 Mei 2020 masih boleh dilakukan. Namun Shafie Apdal tidak boleh melakukannya tanpa Gerakan 4 Adun Sabah sekarang.

Cubaan beri nyawa kepada Warisan

Umum mengetahui prestasi Warisan teruk dalam PRU-15 sehingga hanya menang 3 kerusi sahaja daripada 8 kerusi yang dimenanginya PRU14 daripada 26 kerusi (termasuk Labuan) yang ditandinginya.

Jika dulu isu ‘Sempornarian’ kini isu ‘Satu ekor Cina’ meranapkan Warisan dan menguntungkan PH dan GRS-BN

(VIDEO) Shafie Warisan hina bangsa cina anggap binatang 'Satu Ekor Cina'

Rakyat menolak Warisan termasuk tewas teruk di Parlimen Penampang Kawasan Timbalan Presiden Datuk Darell Leiking selepas PH melalui Datuk Ewon Benedick merampas Penampang dengan kemenangan 14,410 majoriti undi. Darell bukan 'Giant' lagi.

Begitu juga di Sepanggar Azis Jamman anak saudara Shafie yang juga Ketua Penerangan Warisan tewas dengan majoriti 7,042 undi di tangan calon PH, Mustapha Sakmud

Memberikan jawatan penting kepada Warisan hanya akan menghidupkan semula parti itu di Sabah. Oleh itu langkah PH dan beberapa pemimpin BN Sabah menolak gerakan merampas kerajaan negeri adalah tepat.

 

Undi tidak percaya

Ahli Parlimen PN dijangka akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Anwar Ibrahim pada sidang Parlimen yang akan datang bermula 19 Disember 2022.

Terdapat gerakan daripada PN dan kumpulan ‘pintu belakang’ dalam BN menggerakkan menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagaimana pengakuan Datuk Seri Shahidan Kassim secara terbuka bahawa usaha sedang dibuat untuk merampas jawatan PM dan kerajaan.

Selepas kantoi, Shahidan bagaimanapun berkata itu hanya sekadar pandangan peribadinya.

Kenyataan Shahidan ada benarnya memandangkan beberapa pemimpin ‘pintu belakang’ sedang giat berada di Sabah untuk menghasut pemimpin Sabah agar menolak Anwar Ibrahim.

PN yang mempunyai wang yang banyak dalam kempen PRU-15 selain pemimpin ‘pintu belakang’ yang punya wang berjuta sudah tentu tidak mustahil menggunakan wang sebagai umpan bagi Ahli-ahli Parlimen Sabah berpaling tadah.

Seorang pemimpin ‘Pintu Belakang’ dilaporkan berjumpa secara ‘face to face’ memujuk ahli parlimen Sabah menyokong Muhyiddin dan PN.

Apakah Undi Tidak Percaya PN bermula 19 disember ini  akan gagal?  Sekiranya urusan kerajaan diberikan keutamaan. Pelantikan Speaker Dewan Rakyat sangat penting kepada Kerajaan Perpaduan untuk menguasai Dewan Rakyat termasuk mengawal urusan kerajaan di Dewan Rakyat.

Anwar jika mahukan kestabilan berterusan wajar menangguhkan Undi Percaya ini memandangkan kerajaan perpaduan sudah terbentuk dan sokongan sudah jelas.

Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi yang kini TPM harus menghalang SD-SD ‘pintu belakang’ dari Adun BN Sabah yang cuba dikumpul menumbangkan kerajaan GRS-BN sekarang. Begitu juga pembelian MP BN Sabah dalam undi tidak percaya akan datang.

Kerajaan GRS -BN sekarang adalah lebih baik berbanding di bawah Kerajaan Warisan yang semua tahu apa Shafie Apdal lakukan ketika berkuasa 26 bulan. Ekonomi Sabah jatuh teruk menjunam berbanding sekarang GRS-BN hasil kutipan Sabah mencecah RM5.449 bilion tertinggi Negeri Sabah.

 

 

86 Comments