[VIDEO] Siasat skandal RM600B, PM Anwar tamatkan Asri KSP MOF kaya hidup mewah!
12:12 Dec 08, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Siasat skandal RM600B,  PM Anwar tamatkan Asri KSP MOF kaya hidup mewah!

Datuk Seri Asri Hamidon KSP MOF pegawai pertama ditukar oleh PM selaku Menteri Kewangan. Asri dan isteri pernah kontroversi dengan video dekorasi rumah mewah yang tular di laman sosial. Dilantik KSP kepada dua PM iaitu Muhyiddin dan Ismail Sabri.

 
KSP MOF dan isteri pernah kontroversi gaya hidup mewah
selepas video dekorasi rumah berjutanya tular di laman sosial

Kerajaan baharu pastinya perubahan besar juga bakal berlaku selepas ini khususnya pelantikan penjawat awam kanan seperti Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah ICU, KSU-KSU Kementerian, ketua jabatan dan juga GLC-GLC.

Penjawat awam sekarang juga sedia maklum perkara itu. Mereka hanya bekerja ikut arahan dan terpulang kepada Perdana Menteri, TPM dan menteri-menteri memilih mereka untuk berkhidmat.

Sejajar dengan Akta Fungsi Menteri 1969 Menteri bertanggungjawab kepada kementerian dan melaksanakan fungsi kementeriannya.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) MOF ditamatkan

Terbaru Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Seri Asri Hamidon KSP kepada dua PM iaitu Tan Sri Muhyiddin (PN) dan Dato’ Sri Ismail Sabri (BN) dilaporkan dicutikan atau dala erti kata lain ditamatkan sebagai KSP MOF memandangkan beliau tidak hadir dalam majlis sambutan hari pertama Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam

Anwar dalam sidang media selepas program taklimat dengan Perdana Menteri yang dihadiri pegawai kanan Kementerian, Anwar turut menyebut perbincangan mengenai kedudukan penasihat kewangan negara dengan KSP baharu.

Beliau yang diminta mengulas mengenai kedudukan penasihat khas kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd Hassan Marican, menyatakan sebarang perkara termasuk keahlian dan akses terhadap maklumat kewangan negara akan dibincangkan dengan pegawai kanan kementeriannya serta KSP yang baharu.

"Saya perlu berbincang dengan Tan Sri Hassan mengenai syarat serta keutamaan.

"Dan sudah tentu kami akan merujuk berbincang dengan pegawai kanan berkaitan dan KSP baharu," katanya.

Anwar tidak menyatakan siapa KSP baharu itu dan mungkin akan diumumkan kemudian.

 

Kontroversi KSP- Hidup mewah

Sebelum ini pernah kecoh mengenai kehidupan mewah Dato’ Asri dan keluarganya selepas video dekorasi rumah mewah tular di laman sosial.

Pelbagai pihak mengecam kehidupan gaya mewah KSP itu. (Rujuk video di atas). Page Anwar Ibrahim PM rakyat sejak 1 julai 2021 juga pernah mendedahkan video KSP hidup mewah ini.

Sepanjang Asri Hamidon menjadi KSP kepada dua perdana menteri pastinya berbilion ringgit dibelanjakan di zamannya. Belum termasuk RM600 bilion yang beliau uruskan ketika PKP dan Darurat.

Agaknya berapa billion projek rundingan terus beliau luluskan, tender kerja dan perkhidmatan ditangannya. Semua projek kementerian bagi tender perkhidamatan bernilai RM50 juta atau tender kerja lebih RM150 juta mesti mendapat perakuan kelulusan MOF walaupun sudah diperakukan oleh Lembaga Perolehan A Kementerian masing-masing. Ini bermakna Jawatankuasa Perolehan MOF lagi berkuasa menentukan semua kelulusan MOF. 

Bayangkan berapa banyak beliau menjadi Pengerusi dan Lembaga Pengarah kepada Badan Berkanun, anak syarikat dan GLC. Elaunnya tentu lebih banyak, berjuta jika dikumpulkan. PNB, Digital Nasional, TNB, Petronas, Tabung Haji, LHDN, PIDM,Bank Negara, Jcorp,LPPSA dan lain-lain lagi. Semua sapu..

Maka jika Anwar Ibrahim mahu menyiasat Muhyiddin, Tengku Zafrul dan juga Menteri-menteri PN atas skandal RM600b atau yang berkaitan kewangan sudah tentu Anwar perlu menamatkan khidmat KSP terlebih dahulu agar siasatan lebih telus dibuat. Persoalannya siapa penjawat awam selepas ini?

Sasaran RM600b ialah cari projek syarikat rundingan terus yang diberi ketika masa PKP dan Darurat atau mungkin projek rundingan terus lain seperti syarikat Iris Information Technology (Iris) mempunyai kaitan dengan S5 Holdings Incorporation (S5) - menerima projek daripada kerajaan bernilai RM1.16 bilion secara rundingan terus 29 Januari 2021 kepada menantu Tan Sri Muhyiddin Datuk Muhamad Adlan Berhan melalui Avocat Sdn Bhd.

S5 Holdings Incorporation (S5) sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan dipegang oleh S7 Holdings Sdn Bhd (76.38%), Merrington Assets Ltd (10%), MyEG Capital Sdn Bhd (10%) dan Avocat Sdn Bhd (3.62%).

Adlan dan Lim Beng Guan (merupakan satu-satunya pengarah dan pemegang saham Avocat) melalui syarikat Agathistwo Jio Sdn Bhd dimana Lim merupakan seorang pengarah manakala Adlan merupakan seorang pemegang saham dan bekas pengarahnya sehingga 21 September 2018. Secara kesimpulannya Avocat Sdn Bhd kini digerakkan oleh kroni Datuk Adlan Berhan.

Jika dicari pasti jumpa termasuk projek YTL Bestarinet sebelum ini yang menyebabkan Dr Maszlee Menteri Pendidikan dipecat oleh Dr Mahathir 

 

7 Comments