Wan Junaidi U-turn, 4 MP Parti GRS tidak perlu kosongkan kerusi
02:12 Dec 13, 2022  |  By SabahKini2
Wan Junaidi U-turn, 4 MP Parti GRS tidak perlu kosongkan kerusi

Selepas berkata perlu kosongkan kerusi Wan Junaidi akhirnya U-turn menyatakan empat Ahli Parlimen GRS yang mengumumkan keluar daripada Bersatu, tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Selepas berkata perlu kosongkan kerusi Wan Junaidi akhirnya U-turn menyatakan empat Ahli Parlimen GRS yang mengumumkan keluar daripada Bersatu, tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), berkata selepas dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai pagi tadi, empat ahli Bersatu Sabah itu telah meletakkan jawatan dalam parti mereka pada awal Oktober lalu sebelum bertanding pada PRU15.

“Dalam hal ini saya perlu bersetuju dengan peguam Perlembagaan, Fuad Tengku Ahmad bahawa undang-undang anti-lompat parti tidak memberi kesan kepada mereka.

“Dalam PRU15 baru-baru ini, Ahli Parlimen ini bertanding di bawah sepanduk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Pakatan parti itu dengan Bersatu berakhir pada awal Oktober tahun ini, sebelum pemilihan berlangsung. Oleh itu, mereka tidak melanggar akta anti-lompat parti Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Empat Ahli Parlimen berkenaan ialah Ahli Parlimen Papar Armizan Mohd Ali, Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Terdahulu, Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) menjelaskan, penyertaannya dalam GRS menerusi keahlian langsung dan bertanding pada PRU15 atas tiket gabungan berkenaan.

Katanya, GRS adalah parti bersifat individu dengan keahliannya meliputi dua kategori iaitu keahlian langsung dan keahlian parti gabungan.

Sebelum ini, peguam Perlembagaan, Fuad Tengku Ahmad yang berkata, empat Ahli Parlimen itu bertanding sebagai calon GRS, bukannya calon Perikatan Nasional (PN) atau Bersatu.

Sumber mendedahkan terdapat surat atau dokumen bertulis mengenai perkara itu antara GRS dan Setiausaha Agong Bersatu Datuk Hamzah Zainuddin berhuhung pemimpin GRS bertanding atas logo dan watikah Parti Gabungan Rakyat Sabah.

 

4 Comments