Salah guna dana Covid-19: SPRM serbu 8 agensi, 9 syarikat
09:12 Dec 16, 2022  |  By SabahKini2
Salah guna dana Covid-19: SPRM serbu 8 agensi, 9 syarikat

Peringkat pertama 8 agensi penerima peruntukan terbesar, 9 syarikat 'pembekal utama' diserbu SPRM. Mungkinkah ada lagi selepas ini?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu lapan agensi kerajaan dan sembilan syarikat semalam dalam siasatan ke atas dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion oleh kerajaan terdahulu pimpinan Perikatan Nasional.

Sumber berkata, lapan agensi kerajaan itu menerima “peruntukan besar” daripada pakej rangsangan yang diluluskan kerajaan pada 2020 dan 2021.

Sumber itu berkata, susulan serbuan di lapan agensi kerajaan berkenaan, SPRM turut menyerbu sembilan syarikat “untuk mendapatkan dokumen tertentu”. Sembilan syarikat itu dipercayai “pembekal utama” lapan agensi terbabit.

Buat masa ini masih terlalu awal untuk mendedahkan butiran lanjut dan siasatan masih “di peringkat pertama”.

“SPRM memerlukan lebih masa untuk menyemak kes itu secara menyeluruh dan mengesan sebarang rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan,” kata sumber itu.

SPRM sebelum ini berkata, siasatannya terhadap dakwaan salah guna dana pakej rangsangan ekonomi ketika Covid-19 akan tertumpu RM92.5 bilion yang dibelanjakan kerajaan terdahulu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Menteri Tugas-tugas khas
Datuk Seri Redzuan Md Yusof (Pakwan)

antara agensi menerima peruntukan ratusan juta bagi mengurus Covid-19
PKRC MAEPS antara tempat paling mudah ketirisan berlaku

Agensi anti-rasuah itu dalam kenyataan berkata, Kementerian Kewangan telah memperincikan butiran dana tersebut di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan dianggarkan berjumlah RM530 bilion, dan berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan, manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Susulan itu, SPRM dikatakan bakal memanggil bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan dua bekas menteri untuk membantu siasatan.

 

Comment