Kes rasuah Bestinet, HRD Corp, seleweng Penjana Kerjaya RM100 juta bila SPRM heret Saravanan MIC, Shahul Hameed?
05:12 Dec 21, 2022  |  By SabahKini2
Kes rasuah Bestinet, HRD Corp, seleweng Penjana Kerjaya RM100 juta bila SPRM heret Saravanan MIC, Shahul Hameed?

CEO Bestinet direman SPRM kerana rasuah pekerja asing.RM100 juta Penjana Kerjaya juga diseleweng. Shahul CEO HRD Corp dan Saravanan MIC dilapor kaut untung dari Bestinet. Bila SPRM nak dakwa Saravanan dan Shahul?

Nampaknya MIC komponen BN masih belum ‘move on’ untuk menyerang Pengerusi BN. Sekalipun Zahid Hamidi sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri pertama tidak memuaskan hati geng ‘SD Pintu bekalang’ atau ‘Team Broker’ memperlekeh Pengerusi BN.

Dari SD haram, desakan meletak jawatan sehingga keputusan kepada MOU Kerjasama Kerajaan Perpaduan yang ditandatangani sebelum ini.

‘Bagaikan rumah siap pahat masih berbunyi’. Menggunakan isu rasuah dan kes Zahid hari-hari serta menyalahkan Zahid sebagai punca kekalahan BN. Wal hal komponen MIC dan MCA pun hanya menang 1 kerusi di Parlimen Tapah melalui Timbalan Presidennya Datuk Seri M Saravanan dan MCA pula di Parlimen Ayer Hitam Presidennya Wee Ka Siong dan Wee Jeck Seng Tanjung Piai.

Jika salah mereka juga harus meletak jawatan. Ketika mereka dilantik sebagai Menteri Persekutuan bukan main MIC berlagak dengan kedudukan. Kerja keras mereka merembat hasil di Kementerian Sumber Manusia.

Disyor kerajaan mesti mengajar komponen MIC dan MCA ini supaya mereka berhenti berlagak suci seperti seorang ahli politik tidak pernah menerima dana politik dari pelbagai pihak termasuk kroni mereka dalam kementerian.

Buka kes rasuah Saravanan MIC

Ketika Saravanan menjadi Menteri Sumber Manusia bukan lagi rahsia beliau memerah duit dari projek pekerja asing melalui Bestinet dan dana HRD Corp Datuk Shahul Hameed Dawood. Kecoh percutian mereka sehingga ke Dubai.

Shahul pemegang duit rasuah dari  Dato' Sri Aminul Islam BESTINET

SPRM sebelum ini menyerbu Syarikat Bestinet Sdn Bhd, milik Datuk ‘Bangla’ terkenal Dato' Sri Aminul Islam bin Abdul Nor dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).

Ogos 2022  enam individu termasuk ketua pegawai eksekutif Bestinet Ismail Mohd Noor direman tiga hari bagi siasatan selepas disyaki menerima rasuah berjumlah antara RM800 hingga RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing iaitu 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai 2022.

[ARTIKE BERKAITAN- Rasuah ejen RM1500 'Satu kepala', 345,861 kuota pekerja asing, CEO Bestinet direman SPRM ]

 

Rasuah ejen RM1500 'Satu kepala', 345,861 kuota pekerja asing, CEO Bestinet direman SPRM

 

Dato’ M Saravanan pula selaku Menteri Sumber Manusia sentiasa mempertahan Syarikat Bestinet Sdn Bhd dan Dato' Sri Aminul Islam.

Isu pekerja asing: Mengapa Saravanan Menteri KSM pertahan Taikun Bangladesh pemilik Bestinet?

Siasatan dan pertuduhan kes ini masih belum selesai hingga kini. Diharap SPRM segera membuat pertuduhan kes ini. Rakyat mahu tahu jika Saravanan mendapat dana dari Bestinet.

Rasuah Penjana Kerjaya RM100 juta

Julai 2022 Seramai 37 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tuntutan palsu dana insentif Program Penjana Kerjaya di seluruh negara melibatkan nilai keseluruhan berjumlah RM100 juta.  Dilaporkan antara yang terlibat menyeleweng dana PERKESO ini ialah pemimpin MIC sekalipun mereka menafikannya. Saravanan sendiri mengaku ada ahli MIC terlibat penipuan Penjaya Kerjaya itu.

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) dijadikan kantong Saravanan MIC. Kudanya Datuk Shahul Hameed Dawood CEO HRD Corp bukan saja 'kaki pau' 25% dinaikkan lagi gaji.RM64,300.00!

CEO HRD Corp  Shahul Hameed ‘Kaki Pau’ naik gaji RM64,300.00!

 

 

Pelantikan Shahul Hameed Dawood pengasas syarikat My Events International Sdn Bhd sejak April 2020 dikritik netizen kerana Shahul dikatakan bukan warganegara Malaysia namun mendapat kerakyatan Malaysia, dibayar gaji tinggi sehingga RM64,300.00 mengalahkan gaji Menteri.

Bukan itu saja My Events International Sdn Bhd syarikatnya manfaat di HRD Corp. Laporan juga mendedahkan beliau kawtim PERKESO agar syarikatnya My Events International Sdn Bhd tidak membayar perkeso dan KWSP

Setakat ini semakan di laman web HRD Corp Shahul Hameed dan lembaga pengarah dilantik masih lagi tidak meletak jawatan sekalipun surat KSN Tan Sri Zuki pada 14 disember 2022 jelas menghentikan pelantikan mereka.

 

 


Oleh itu kepada SPRM apakah status siasatan kes Syarikat Bestinet Sdn Bhd dan penyelewengan dana Penjana RM100 juta itu? Apakah Saravanan bekas Menteri MIC terlibat? Jika terlibat dan syarikat menjadi saksi mengapa tidak dipercepatkan pendakwaan kes? Berilah pengajaran agar pemimpin berlagak suci ini tahu bagaimana pendakwaan politik itu dilakukan.

 

4 Comments