Nurzahidah kantoikan Zamri Pengarah AMLA SPRM kertas ‘siasatan tak lengkap’ Tommy pula arah dakwa Shahrir!
14:12 Dec 24, 2022  |  By SabahKini2
Nurzahidah kantoikan Zamri Pengarah AMLA SPRM kertas ‘siasatan tak lengkap’ Tommy pula arah dakwa Shahrir!

Perbicaraan kes Shahrir mendedahkan saksi Nurzahidah IO SPRM bahawa kertas siasatan SPRM diketuai bosnya Zamri Pengarah AMLA tidak lengkap. Namun Tommy Thomas arah kes Shahrir terus didakwa walau tak lengkap. Mengapa?

Mahkamah Tinggi semalam mendedahkan lagi sikap bekas peguam negara, Tommy Thomas mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Shahrir Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap.

Pegawai Penyiasat SPRM, Nurzahidah Yacop, 35 dalam keteranganya mengaku berkata beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Thomas memberi izin pada 15 Jan 2020 untuk mendakwa bekas pengerusi Felda itu.

Beliau berkata demikian semasa disoal balas peguam Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili Shahrir pada perbicaraan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Najib melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Syed Faisal Al-Edros: Puan (Nurzahidah) selaku pegawai penyiasat SPRM, mengambil tugas ini untuk melaksanakannya dengan penuh kejujuran. Di lubuk hati puan, puan tahu siasatan puan belum lengkap sepenuhnya, namun puan menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya untuk menuduh (Shahrir) dan mendapat izin daripada Tommy Thomas untuk buat pendakwaan.

Nurzahidah: Ya.

Syed Faisal Al-Edros: Saya cadangkan tuduhan yang dilemparkan terhadap anak guam saya (Shahrir) berasaskan kertas siasatan yang belum lengkap sepenuhnya?

Nurzahidah: Ya.

Syed Faisal Al-Edros: Tommy Thomas tetap mengarahkan untuk mendakwa (Shahrir)?

Nurzahidah: Ya.

Terdahulu, penolong penguasa SPRM itu bersetuju dengan peguam bahawa berdasarkan transaksi daripada buku akaun bank Shahrir, beliau menggunakan wang peribadinya lebih RM2.6 juta untuk kegiatan politik sebelum menerima RM1 juta daripada Najib pada 28 Nov 2013.

Bagaimanapun, Nurzahidah mengakui beliau tidak pernah menyiasat RM1 juta yang diterima Shahrir daripada Najib bagi menggantikan wang pencennya (Shahrir), walaupun Shahrir menegaskan perkara itu sebanyak lapan kali semasa siasatan pada 2019.

Menurut Nurzahidah, beliau memaklumkan pegawai atasan berhubung wang ganti balik itu, namun tidak diarah menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

Syed Faisal Al-Edros: Bagi pandangan puan, sebagai pegawai penyiasat SPRM, wang ganti balik ini (RM1 juta) tidak disiasat. Adakah ia adil bagi anak guam saya, walaupun beliau (Shahrir) berkali-kali mengatakan ia adalah wang ganti balik.

Nurzahidah: Tidak adil bagi Shahrir, tetapi saya tidak pernah menerima dokumen ini (pengeluaran wang RM2.6 juta). Siasatan saya selepas tarikh penerimaan wang RM1 juta.

Menjawab soalan Syed Faisal Al-Edros, adakah saksi itu musykil terhadap tindakan pegawai atasannya tidak mengarahkan siasatan ke atas wang ganti balik itu, Nurzahidah berkata: “Ada”.

Syed Faisal Al-Edros: Oleh kerana puan kata ia adalah satu sudut siasatan yang penting (wang ganti balik), puan mahu siasat sendiri, tetapi takut untuk langgar arahan.

Nurzahidah: Ya.

Semalam, saksi penting itu memberitahu mahkamah bahawa RM1 juta yang diterima Shahrir daripada Najib untuk menggantikan wang pencennya yang digunakan bagi kegiatan politik di kawasan Parlimen Johor Bahru.

 

Tindakan Zamri Zainul Abidin SPRM

Semalam Shahrir sendiri mendedahkan proceeding mahkamah mengenai Pegawai Penyiasat Nurzahidah Yacob yang diarahkan oleh Zamri Zainul Abidin Pengarah Bahagian Pencegahan Wang Haram (AMLA) walaupun siasatan itu tidak lengkap.

DSF: "Siapa yang arahkan Puan untuk dapatkan dokumen selepas Tan Sri Shahrir dituduh?"

(IO mengambil masa yang lama untuk menjawab dan turut menoleh ke arah Timbalan Pendakwa Raya (Ahmad Ikhram Gharib )

DSF: "Yang Arif, pohon direkodkan 'demeanor' saksi.

IO: "Pegawai atasan saya."

DSF: "Apa nama?"

IO: "Saya tidak ingat."

DSF: "Jangan tengok kepada Pendakwa Raya. Mesti ada minit dalam ID ('Investigation Diary'). Sila rujuk kepada ID. Jangan lindungi pegawai atasan itu.

IO: "Pengarah saya."

DSF: "Apa nama Pengarah itu?"

IO: "Dato Zamri."

DSF: "Adakah Dato Zamri dapat arahan dari KP?"

IO: "Saya tidak tahu."

Susah betul untuk Puan Nurzahidah hendak menyebut nama pegawai atasannya. Dari 'tak ingat' sampai kena rujuk kepada buku 'Investigation Diary' atau IDnya. Ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk IO menjawab soalan mudah Peguambela Shahrir. 


 Azam, Latheefa Koya dan Zamri Zainul Abidin


Siapa Zamri Zainul Abidin Pengarah Pengubahan Wang Haram & Perlucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM?

Sabahkini2 adalah antara portal awal paling banyak mendedahkan siapa Zamri sejak awal kes Najib ditahan SPRM dan barang dirampas lagi. Mereka pengampu kerajaan berkuasa!

Jadi orang kanan KP SPRM lantikan Mahathir, Dato’ Seri Shukri sebelum menjadi orang kanan kepada Latheefa Loya KP SPRM politik pertama negara. Di zamannya orang politik paling ramai diserang, siasat, rampas asset dan dakwa ke mahkamah. Kes tidak lengkap atau kalah kes tak penting. Yang penting dakwa dan susahkan individu ke mahkamah.

Pada 7 Oktober 2019 diperkudakan Latheefa, Zamri mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Apa terjadi kepada kes itu?

Rakyat Malaysia menyaksikan sendiri bagaimana kes -kes pelucutan hak SPRM tewas banyak kali mahkamah seperti bulan Februari 2020 Mahkamah Tinggi  menolak permohonan (Kerajaan) SPRM untuk melucut hak harta UMNO, Wanita MCA, Syarikat Binsabi Sdn Bhd dan Syarikat Perano Sdn Bhd membabitkan wang berjumlah hampir RM194 juta. Daripada jumlah itu, UMNO mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM192.9 juta diikuti Syarikat Binsabi Sdn Bhd (RM 777,250), Syarikat Perano Sdn Bhd (Habib) (RM337,634.78) dan Wanita MCA (RM300,000). Banyak lagi kes sebelum itu seperti pelucutan hak wang UMNO Sabah RM1 juta pada disember 2019. Begitu juga kalah kes Datuk Latif Bandi bekas Exco Kerajaan Negeri Johor.

Pertukaran kerajaan pada  Mac 2020 telah membongkar salah guna kuasa Lim Guan Eng dan Dr Mahathir mengarahkan  Peguam Negara Tommy Thomas dan Shukri SPRM KP SPRM membatalkan pembekuan akaun Taikun DAP Tan Sri Lim Soon Ping Titijaya Group. Shukri dan Zamrilah orang bertanggungjawab memberi nasihat kepada Peguam Negara dan Lim Guan Eng cara menyelamatkan wang Taikun DAP itu. SPRM cuba lucutkan wang, SPRM juga cuba selamatkan taikun!

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Lim Guan Eng,Dr M salah guna kuasa arah Tommy Thomas, Shukri SPRM batal beku akaun Taikun DAP ]

Terbukti Lim Guan Eng,Dr M salah guna kuasa arah Tommy Thomas, Shukri SPRM batal beku akaun Taikun DAP

Ini satu contoh. SPRM saman, dakwa tapi SPRM juga yang keluarkan dari pembekuan..
Bukankah ini sangat buruk?

Bertukar kerajaan kepada PN-BN dan sehinggalah ke Ismail Sabri, Zamri tidak pernah ditukar atau dipecat dan kekal di jawatan itu hingga kini. Apa yang berlaku di SPRM ialah perang sesama pegawai secara dalaman yang mana Zamri mematikan semua rakan-rakannya dalam SPRM dan kemungkinan isu saham Azam Baki juga ada kaitan dengannya.

DPP Ahmad Ikhram Gharib

Siapa pula DPP yang dimaksudkan oleh Nurzahidah IO SPRM itu? Beliau adalah Ahmad Ikhram Gharib. Sekitar Ogos lalu beliau popular selepas surat kepada Timbalan Pendaftar mahkamah tular  berhubung gesaan supaya hakim memberi keutamaan kepada kes mahkamah yang dihadapi Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan juga Najib Razak. Surat itu menjejaskan imej Peguam Negara kerana melibatkan kredibiliti dan institusi yang mula dikaitkan dengan percaturan politik sejak Tommy Thomas dilantik sebagai peguam negara.

Jadi apa nak hairan kepada Pegawai SPRM seperti Zamri dan DPP Peguam Negara yang boleh lakukan pendakwaan tanpa siasatan lengkap sebagaimana kes Shahrir? kerana mereka biasa melakukan tugas diarah atasan. Tidak penting hasilnya tetapi kerja pendakwaan jalan dulu.

 

 

Perbicaraan bersambung 5 Januari ini. Namun berdasarkan peristiwa ini terbukti tidak semua kes SPRM siasatan yang lengkap namun didakwa untuk menganiaya orang lain jika pemimpin seperti Shahrir Samad ketika itu banyak menyerang Dr Mahathir. Thommy Thomas dan Zamri Zainul Abidin Pengarah AMLA SPRM bersekongkol dengan Thommy Thomas dah cukup. Hari ini IO SPRM Nurzahidah Yacob mendedahkan sendiri perkara itu.

 

2 Comments