Skandal KL Tower : GF siapa di Syarikat Hydroshoppe? Beli murah Menara KL Sdn Bhd RM3.8 juta dapat saham TM 10 juta!
07:12 Dec 27, 2022  |  By SabahKini2
Skandal KL Tower : GF siapa di Syarikat Hydroshoppe? Beli murah Menara KL Sdn Bhd RM3.8 juta dapat saham TM 10 juta!

Konsesi TM tamat dan Menara KL dipulangkan kepada kerajaan. Bagaimanapun konsesi TM disambung. Sebagai balasan TM pindahkan saham 10 juta Menara KL Sdn Bhd kepada syarikat nyamuk Hydroshoppe Sdn Bhd. Siapa Hydroshoppe? katanya milik GF VIP?Benarkah?

Isu Menara KL yang terpendam akhirnya meletup seperti bom jangka. Sebelum ini tidak ada isu mengenai Menara KL kerana ia dimiliki oleh Telekom Malaysia Berhad milik Kerajaan.

Bagaimanapun konsesi Menara KL dengan Telekom Malaysia Berhad telah tamat sebelum PRU-15. Oleh itu aset milik kerajaan itu perlu dipulangkan semula kepada Kerajaan atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di bawah Tan Sri Annuar Musa ketika itu.

Sumber memaklumkan tawaran juga telah dibuka kepada beberapa pihak bagi mengurus Menara KL kerana ia bukan lagi milik TM. Bagaimanapun dilaporkan KKMM ketika itu menyambung konsesi Menara KL Sdn Bhd milik TM itu berdasarkan keputusan makmal pengurusan nilai (VMLAB) cadangan pelanjutan konsesi kontrak Menara Kuala Lumpur mac 2021. 

Terdapat beberapa proposal oleh beberapa konsesi lain untuk menguruskan Menara KL namun nampaknya TM membuat gerakan menyingkirkan syarikat lain cara tak sihat. TM dikatakan gagal menyelenggara bangunan Menara KL itu kerana kos selenggara yang sangat tinggi.

Sepatutnya kerajaan meneruskan tender terbuka supaya tawaran lebih baik diperolehi. UKASlah sepatutnya memutuskan cara terbaik menguntungkan kerajaan memandangkan aset itu kini milik kerajaan dan tidak boleh dijual tanpa kelulusan Kerajaan selain Pengerusi Jawatankuasa Aset Kerajaan (JPAK) ialah Ketua Setiausaha Negara. Jadi tak mungkin aset milik kerajaan ini dijual sesuka hati. 

 

Benarkah Menara Kl dijual secara senyap-senyap?

Semalam blogger PH mendedahkan beberapa dokumen mengenai konsesi dan hak mengurus Menara KL kononnya telah dijual secara senyap-senyap oleh Telekom Malaysia Berhad melalui anak syarikatnya Menara KL Sdn Bhd kepada syarikat misteri yang bermasalah sejak tahun 2016 Hydroshoppe Sdn Bhd.

Siapa pemilik Hydroshoppe Sdn Bhd? Bagaimana secara mudah selepas 31 Oktober 2022, Parlimen dibubar 10 juta saham yang dimiliki oleh Telekom Malaysia Berhad dalam Menara KL Sdn Bhd telah dipindahkan kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.

 


Di atas kertas perniagaan Menara KL bukan sesuatu yang merugikan, ia merekodkan keuntungan bersih berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun kepada Telekom Malaysia Berhad. Hanya ketika Covid-19 syarikat yang terlibat di Menara KL melalui saat sukar susulan Langkah PKP dan Darurat kerajaan.

Bagaimanapun sebelum Covid -19  pada tahun 2019 misalnya keuntungan bersih yang dicatat oleh Menara KL Sdn Bhd melalui konsesi dan hak mengurus Menara KL ialah sebanyak RM20 juta.

Pada tahun 2018, Menara KL mencatat keuntungan bersih sebanyak RM25 juta. Keuntungan pada tahun 2015 pula RM15 juta. 

Bermakna perniagaan di Menara KL dan Telekom Malaysia Berhad menguntungkan.

 


Maklumat SSM Menara KL boleh dirujuk seperti berikut. Begitu juga Audit penyatakan akaun 2020, 2019 dan 2015.


Boleh lihat keuntungan Menara KL Sdn Bhd


Hydroshoppe Sdn Bhd milik ‘Girlfriend’ atau TM?

Semakan terhadap Hydroshoppe Sdn Bhd setakat ini belum mengaitkan ianya milik Telekom Malaysia atau proksi CEO Telekom. Ia syarikat luar yang mungkin dikuasai seseorang lebih berkuasa. Jika tidak mana mungkin syarikat bermasalah dipilih oleh TM. 

Jika ada yang mengatakan proksi Dr Mahathir ‘buat kerja’ semua tahu Imri Mokhtar MD dan Group Chief Executive Office dibenci Dr Mahathir (tidak pro Opcom) sehingga pelantikannya ditangguh sebelum itu. Hanya Kerajaan PN yang melantiknya selepas itu.

Jadi siapa Hydroshoppe Sdn Bhd ini? yang hampir dinyahsenaraikan dari SSM kerana gagal membuat perisytiharan dan pemfailan ditetapkan SSM.

Menurut sumber penama Hydroshoppe Sdn Bhd ini ialah ‘Girlfriend’ seorang bekas Menteri. Apakah benar? Jika tidak bagaimana 10 juta saham secara mudah dipindahkan kepada Hydroshoppe Sdn Bhd? Bagaimana TM boleh memindahkan tanpa kelulusan kerajaan?

Pemegang saham terbesar TM ialah Khazanah dan aset Menara pula kini milik kerajaan. 


Tiada penyata audit kewangan syarikat ini sejak ditubuhkan...syarikat ini syarikat tidak aktif
tapi mampu mendapat 10 juta saham Menara KL Sdn Bhd milik TM


Keputusan menentukan aset ini sekarang ialah Kementerian Komunikasi dan Digital.

Tindakan menjual saham dan aset TM ini kepada Hydroshoppe Sdn Bhd pastinya akan memberi kesan kepada penyewa dan peniaga yang sudah melaksanakan perniagaan di bangunan Menara KL itu sebelum dan selepas PKP. Setakat ini tiada notis makluman pertukaran pengurusan dari TM kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.

Apakah pemindahan saham Menara KL Sdn Bhd kepada Hydroshoppe Sdn Bhd maka TM tidak lagi berkuasa di bangunan itu sekarang? Bolehkah syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd yang tiada wang ini menyelenggara kos lift bangunan KL Tower yang tinggi?

Hydroshoppe Sdn Bhd hanya syarikat nyamuk. Bagaimana syarikat yang hampir lingkup diberikan secara mudah saham berjumlah 10 juta itu.

Terdapat laporan Telekom Malaysia Berhad bertarikh 22 November 2022, penjualan Menara KL Sdn  Bhd kepada Hydroshoppe Sdn Bhd dibuat pada harga RM3.8 juta. Harga rendah di bawah pasaran. Hydroshoppe kini memiliki aset bernilai RM22.9 juta. Namun benarkan Hydroshoppe yang bayar kerana syarikat ini memang tiada wang.

Tujuannya jika Hydroshoppe  diberi konsesi mengurus Menara KL maka Hydroshoppe  untung lebih besar lagi. Namun bukankah ini tak bagus mempunyai Conflict of interest Bangunan Menara KL  kerana dirancang diberi kepada Hydroshoppe Sdn Bhd kroni bekas Menteri dan TM!

Jika mahu jual kepentingan maka juallah pada harga yang menguntungkan kerajaan mengapa jual harga murah tak masuk akal kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd untung besar? Apa sebenarnya langkah Lembaga Pengarah Telekom Malaysia lakukan? konsesi guna nama TM tetapi pemilik bangunan KL Tower baru ialah Hydroshoppe Sdn Bhd. 

Ini sebenarnya semua game TM. Mereka mohon atas nama GLC sambung konsesi tetapi jual kepada syarikat nyamuk Hydroshoppe Sdn Bhd untuk urus KL Tower.

Jika konsesi lain mahu ambil alih mereka akan terpaksa melalui prosedur UKAS yang panjang. TM tidak mahu syarikat besar seperti West Star, Em Corp dan lain-lain lagi ambil alih KL Tower. Jadi gunakan nama TM bagi pada syarikat nyamuk.

Menara KL aset negara, keselamatan mengapa nak beri kepada syarikat cap nyamuk!

Kita berharap Menteri Komunikasi dan Digital baharu bersama KSU Datuk Seri Mohammad Mentek menyiasat perkara ini.

Tak kan Girlfriend lagi power boleh jual anak syarikat TM kepada Hydroshoppe Sdn Bhd kan?

Apapun wajar SPRM siasat mengapa TM jual murah syarikat Menara KL Sdn Bhd kepada Hydroshoppe Sdn Bhd. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

 

 

 

 

3 Comments