SPRM serbu pegawai KKD,dakwaan TKP UKAS luluskan jual 10 juta saham TM kepada Hydroshoppe wajar disiasat
17:12 Dec 30, 2022  |  By SabahKini2
SPRM serbu pegawai KKD,dakwaan TKP UKAS luluskan jual 10 juta saham TM kepada Hydroshoppe wajar disiasat

SPRM dilapor mengunjungi Pegawai KKD terlibat urusan konsesi Menara KL. Bagaimana saham TM dijual masih misteri. Kini terdapat dakwaan TKP USAS syor kertas kelulusan perakukan penjualan 10 juta saham TM. Benarkah? SPRM wajar siasat unsur 'kawtim' ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dilaporkan menyerbu pejabat pegawai Kementerian Komunikasi dan Digital di Putrajaya.

Semuanya kerana tindakan TM Berhad menjual 10 juta saham anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd kepda syarikat bermasalah Hydroshoppe Sdn Bhd. TM merupakan pemegang konsesi Menara KL sejak ia dibina.

Menurut sumber-sumber, SPRM mendapatkan dokumen berkaitan pemindahan saham dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.

“Beberapa pegawai kementerian juga ditemu bual,”

Sehingga ke hari ini sekalipun TM Berhad telah menjawab isu penjualan saham itu atas alasan mahu menumpukan perniagaan teras mereka namun TM masih gagal menjelaskan bagaimana mereka boleh menyerahkan 10 juta saham itu kepada Hydroshoppe Sdn Bhd yang tidak punya wang.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM siasat saham TM dijual murah, TM mengaku jual tanpa tender, Annuar Musa kata kuasa UKAS!]

SPRM siasat saham TM dijual murah, TM mengaku jual tanpa tender, Annuar Musa kata kuasa UKAS!

Semua pihak daripada Annuar Musa Bekas Menteri KKMM dan TM Berhad sedang  saling memetik nama antara satu sama lain siapa meluluskan penjualan itu termasuk terbaru kononnya ada kelulusan UKAS.

Benarkah kelulusan UKAS?

Terdapat dakwaan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri meluluskan penjualan 10 juta saham itu kepada Syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd.

Jika benar apa sebenarnya Laporan Jawatankuasa Penilaian (due deligence carried out) KKMM yang dihantar kepada UKAS di Jabatan Perdana Menteri?

Bagaimana sebuah syarikat bermasalah hampir ditutup oleh SSM, tiada laporan audit kewangan dan tidak aktif boleh diberi kelulusan itu? Teruk sangat penilaian pegawai.

Cadangan kertas kelulusan itu dikatakan telah dibawa oleh Datuk Dr. Khairus Masnan Abdul Khalid (Timbalan Ketua Pengarah UKAS) kepada Menteri Ekonomi, DS Mustapa Mohamad. Bagaimana Menteri Ekonomi (JPM) ketika itu, Dato' Sri Mustapa Mohamad boleh memperakukan cadangan jualan saham TM daripada Dr. Khairus Masnan? Laporan sedap-sedap, 'kipas-kipas' atau 'kautim'?.

SPRM perlu menyiasat unsur ‘kautim’ Dr. Khairus Masnan TKP UKAS dengan Syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd dan kejanggalan urusan ini memandangkan beliau pegawai kanan kerajaan tak mungkin tidak mengetahui maklumat Syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd syarikat yang sangat teruk!

Apa sebenarnya berlaku kepada TKP UKAS itu? Begitu juga kepada Dato' Sri Mustapa jika terdapat unsur rasuah dari pegawai KKMM, UKAS, TM Berhad dan CEO Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.

Nampaknya isu jual 10 juta saham TM ini makin menarik.

 

 

 

5 Comments