SOP baharu kemasukan pelancong warga China ke Sabah akan ditentukan esok – Hajiji
14:01 Jan 03, 2023  |  By SabahKini2
SOP baharu kemasukan pelancong warga China ke Sabah akan ditentukan esok – Hajiji

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, esok jemaah menteri Sabah akan mengadakan mesyuarat kabinet untuk menentukan SOP baharu kemasukan pelancong warga China ke Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dijangka akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berkenaan kemasukan pelancong dari negara China ke negeri ini susulan peningkatan penularan varian COVID-19 utama di negara itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, esok (Rabu) jemaah menteri Sabah akan mengadakan mesyuarat kabinet untuk menentukan SOP baharu kemasukan pelancong warga China ke Sabah.

“Mengenai kemasukan warga China ke Sabah, esok kita akan mengadakan mesyuarat kabinet untuk membuat keputusan ataupun SOP untuk kita menerima pelancong daripada negara China, jadi sehingga kita mengadakan mesyuarat esok baru saya buat komen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam di Kg Tanjung Aru Baru di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua varian COVID-19 utama dalam penularan penyakit itu di China iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.

Katanya, kedua-dua varian berkenaan dikesan dalam 80 peratus kes COVID-19 di China.

Comment