Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi
21:01 Jan 04, 2023  |  By SabahKini2
Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Nampaknya terdapat pemimpin tertentu masih belum serik merancang untuk SD kerajaan ‘pintu belakang’.

Sehubungan itu Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Masidi mendakwa sokongan terhadap Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah turut diberikan oleh tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH).

"Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu.

"Suasana dan kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Masidi dalam kenyataannya juga menjelaskan ada pihak tertentu mendakwa telah mendapat sokongan sokongan lebih separuh ADUN di Sabah bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang baharu di Negeri Di Bawah Bayu itu.

GRS dan Barisan Nasional (BN) bekerjsama membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan penghujung 2020 lalu.

 

Comment