Sabah alu-alukan autonomi penuh projek di bawah RM50 juta
22:01 Jan 04, 2023  |  By SabahKini2
Sabah alu-alukan autonomi penuh projek di bawah RM50 juta

Hajiji turut memaklumkan bahawa beliau dan rakan sejawatannya di Sarawak akan bertemu dengan Perdana Menteri Menteri dan memuktamadkan beberapa perkara di bawah MA63, antaranya isu geran khas.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan keputusan Kabinet Persekutuan memberi autonomi penuh kepada Sabah dan Sarawak untuk pembangunan projek di bawah RM50 juta.

“Ia adalah satu lagi berita baik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas penyerahan kuasa pengawalseliaan sumber gas kita.

“Ia pasti akan membantu dalam kelulusan dan pelaksanaan projek pembangunan yang sentiasa dihalang oleh kerenah birokrasi yang rumit sebelum ini,” kata Hajiji.

Katanya, mengikut semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), ini sememangnya berita baik.

Hajiji turut memaklumkan bahawa beliau dan rakan sejawatannya di Sarawak akan bertemu dengan Perdana Menteri Menteri dan memuktamadkan beberapa perkara di bawah MA63, antaranya isu geran khas.

Beliau juga menyatakan bahawa jawatankuasa kerja dan kajian semula mengenai MA63 akan diteruskan di bawah pengerusi yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Berita baik lain dijangka, katanya ialah peruntukan tambahan untuk Projek Pan Borneo lebuh raya untuk Sabah mempercepatkan penyiapannya.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama tahun ini, Anwar mengumumkan bahawa autonomi penuh akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk projek di bawah RM50 juta dengan pematuhan yang sewajarnya terhadap peraturan kewangan yang ditetapkan-SM

 

Comment