'Langkah Kinabalu' gagal, 11 Adun BN, 38 Adun GRS, STAR, PBS, KDM, PH, bebas sokong Hajiji
10:01 Jan 06, 2023  |  By SabahKini2
'Langkah Kinabalu' gagal, 11 Adun BN, 38 Adun GRS, STAR,  PBS, KDM, PH, bebas sokong Hajiji

Benarkah ada 'Langkah Kinabalu'? Sebelum ini kecoh isu 4 SD untuk Shafie. Kini secara terbuka gerakan dilakukan. Sidang media dibatal dan mungkinkah akan ada lagi 'move' baru setiap hari. Mengapa gugat kestabilan kerajaan GRS-BN?

Awal disember lalu kecoh pendedahan Sabahkini2 mengenai 4 Adun BN Sabah yang menggerakkan SD 'pintu belakang' bagi menyokong Presiden Warisan,  Shafie sebagai Ketua Menteri Menteri baharu. Semuanya kerana tidak berpuas hati dengan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri Sabah yang tidak memberikan apa mereka mahu.

[ARTIKEL BERKAITAN- 4 Adun BN Sabah dalang SD cubaan tukar kerajaan negeri sokong Shafie Ketua Menteri Sabah Baharu?

Semalam kisah dongeng yang dinafikan itu akhirnya meletup seperti bom jangka dengan operasi yang lebih terbuka apabila Shafie Apdal dikatakan bakal mengadakan sidang media pada sebelah petang dan pasukan BN pula sibuk di pejabat BN Sabah bermesyuarat atas alasan demi masa depan.

Susah untuk menafikan spekulasi terbuka namun ‘Langkah Kinabalu’ itu semalam gagal apabila Shafie terpaksa membatalkan sidang medianya.

Seperti dilaporkan sebelum ini UMNO Sabah terbahagi kepada dua kumpulan ada yang bersetuju dan ada yang tidak malah ada yang lebih berani tidak hadir pun mesyuarat dipanggil BN. Menurut sumber 11 Adun UMNO menyatakan sokongan terhadap Hajiji Ketua Menteri.

ADUN BN dan bebas

Sementara  tujuh lagi  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) tidak bersetuju dengan cubaan menukar Ketua Menteri secara ‘pintu belakang’.

Turut menyatakan sokongan terbuka ialah Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mengesahkan perkara itu.

 "Saya pasti 110 peratus PBS masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor (sebagai Ketua Menteri Sabah). Saya fikir tiada keperluan (mengemukakan usul undi percaya terhadap Hajiji) tetapi jika ia diperlukan saya percaya kami akan menang,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut itu.

Pertemuan Ketua Menteri dengan pemimpin GRS,PH, bebas turut dibuat dengan kehadiran 35 Adun.


Adun GRS, STAR,  PBS, KDM, bebas, PH dan adun lantikan PAS

Usaha Kerjasama kerjasama beberapa pemimpin BN dengan Shafie Apdal  sebagai Ketua Menteri itu sudah dimulakan beberapa bulan lalu namun lebih ketara selepas pengumuman Perdana Menteri mengenai cabinet persekutuan apabila hanya dua sahaja Menteri dari Sabah iaitu GRS dan PH dilantik. Selebihnya 7 timbalan menteri selepas itu.

Semalam spekulasi turut disebarkan kononnya Mohd Shafie dan beberapa pemimpin UMNO serta PH Sabah menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, dipercayai ada kaitan dengan pertukaran kerajaan negeri dan Ketua Menteri.

Ketika ini kerajaan Sabah ditunjangi GRS bersama BN atau disebut Kerajaan GRS-BN dengan 46 kerusi, selain turut disokong PH Sabah sejajar pembentukan Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan yang ditunjangi PH.

GRS yang merangkumi bekas ADUN BERSATU, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) mempunyai 29 ADUN, termasuk tiga ADUN Dilantik.

BN pula mempunyai 17 ADUN termasuk dua ADUN Dilantik, manakala PH mempunyai tujuh ADUN, iaitu masing-masing empat DAP, diikuti dua PKR dan seorang ADUN Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Selain itu, tiga ADUN Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), seorang ADUN Bebas (Kuamut) dan seorang ADUN Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) menyatakan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Hajiji.

 

 

 

10 Comments