Bekas duta Vietnam ke Malaysia ditahan
16:01 Jan 06, 2023  |  By SabahKini2
Bekas duta Vietnam ke Malaysia ditahan

Bekas pegawai Kedutaan Vietnam di Malaysia Nguyen Hoang Linh didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan kuasa.

HANOI: Polis menahan dan memulakan prosiding jenayah terhadap bekas Duta Vietnam ke Malaysia Tran Viet Thai atas pertuduhan "menyalahgunakan kedudukan dan kuasa", lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Bekas pegawai Kedutaan Vietnam di Malaysia Nguyen Hoang Linh turut didakwa atas pertuduhan yang sama dan dilarang meninggalkan kediamannya, kata Ketua Pejabat dan Jurucakap Kementerian Keselamatan Awam (MPS) Leftenan Jeneral To An Xo pada Khamis.

Penahanan itu merupakan langkah terbaharu berhubung siasatan kes menerima dan memberi rasuah, menyalahgunakan kedudukan dan kuasa semasa menjalankan tugas, menipu dan mengagihkan aset di Kementerian Luar Negeri dan beberapa tempat lain, menurut VNA.

Comment