Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B
08:01 Jan 07, 2023  |  By SabahKini2
Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B

SPRM reman Adam Radlan sepupu Adlan Berhad Menantu Muhyiddin dalang projek runding terus RM92.5B. Dulu Adlan Berhan kecoh isu Bestari.net dan sistem imigresen RM1.16 bilion ketika darurat. Untung jadi broker projek

Adam Radlan Adam Muhammad bekas Ketua pegawai eksekutif Maju Assets Sdn Bhd yang juga Timbalan Bahagian BERSATU Segambut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menjadi dalang dalam pengagihan projek kerajaan bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang 2020 hingga 2022.

Adam Radlan juga merupakan Pengerusi Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN™)

Adam Radlan, 42 ditahan malam tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan.

Adam Radlan merupakan bekas Menantu kepada pemilik Maju Holding Tan Sri Abu Sahid (Abu Juling) dan merupakan sepupu kepada Datuk Muhamad Adlan Berhan menantu Tan Sri Muhyiddin yang kecoh sebelum ini dengan Projek Bestari.net dan projek rundingan terus sistem imigresen RM1.16 bilion melalui syarikat Iris Information Technology (Iris) dan S5 Holdings Incorporation (S5).

S5 Holdings Incorporation (S5) sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan dipegang oleh S7 Holdings Sdn Bhd (76.38%), Merrington Assets Ltd (10%), MyEG Capital Sdn Bhd (10%) dan Avocat Sdn Bhd (3.62%). Adlan Berhan merupakan pemegang saham kepada Avocat Sdn Bhd. Kisah bekas Pengarah Nexbis Sdn Bhd yang menubuhkan S5 Holdings Incorporation (S5) adalah kisah hangat ketika Nexbis Sdn Bhd menyapu projek 'Biometric System' RM912 juta tahun 2011, sehinggalah Muhyiddin sebagai TPM, kembali jadi Menteri KDN dan seterusnya menjadi PM, Adlan tidak asing lagi bagi monopoli projek di Jabatan Imigresen. 

[BACA -  [VIDEO] Siasat skandal RM600B, PM Anwar tamatkan Asri KSP MOF kaya hidup mewah! ]

 

Adam Adlan direman

Sementara itu menurut sumber, Adam Adlan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dan direman lima hari bermula hari ini hingga 10 Jan.

SPRM membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang atau orang tengah kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

 

“Hampir 90% projek yang diberikan secara runding terus masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima lagi.

“Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10% projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10% hingga 20%,” katanya.

Pada 9 Dis lalu, SPRM berkata fokus siasatan berhubung dakwaan salah guna dana Pakej Rangsangan Ekonomi ketika Covid-19 akan tertumpu kepada RM92.5 bilion, iaitu jumlah dibelanjakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

SPRM berkata, hanya RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan daripada peruntukan dianggarkan berjumlah RM530 bilion yang dibelanjakan pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

Berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Sumber berkata suspek yang ditahan dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan “pihak atasan”.

Katanya, beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5% dan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik konon untuk tujuan pembiayaan politik.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

 

9 Comments