Dr Yusof Yacob dilantik pengerusi Qhazanah Sabah ganti Salleh Said Keruak
17:01 Jan 13, 2023  |  By SabahKini2
Dr Yusof Yacob dilantik pengerusi Qhazanah Sabah ganti Salleh Said Keruak

Yusof mengambil alih jawatan itu daripada ADUN Usukan Salleh Said Keruak yang kontroversi minggu lalu. Pelbagai blok menyiarkan mengenai Pengerusi itu susulan tindakannya menyertai gerakan "Langkah Kinabalu" Bung Moktar dan Shafie Apdal

ADUN Sindumin Yusof Yacob dilantik sebagai pengerusi cabang pelaburan strategik kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Berhad, berkuat kuasa serta-merta.

Kenyataan daripada pejabat ketua menteri memaklumkan, Yusof mengambil alih jawatan itu daripada ADUN Usukan Salleh Said Keruak.

Salleh, bekas ketua menteri Sabah itu dipecat daripada Qhazanah minggu lalu sebelum tercetusnya perebutan kuasa antara Barisan Nasional (BN) Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Selepas Salleh dipecat, Pengerusi BN Bung Moktar Radin berkata, gabungan itu menarik balik sokongan mereka terhadap Pengerusi GRS Hajiji Noor kerana beliau telah melanggar perjanjian antara BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Perikatan Nasional (PN) selepas pilihan raya negeri pada 2020.

Bung berkata, ADUN BN dan Umno bersetuju menyokong Hajiji sebagai ketua menteri selepas pilihan raya negeri selagi wakil BN dan Umno dilantik menganggotai Kabinet negeri dan jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Bagaimanapun, Bung berkata, Hajiji melanggar persefahaman ini apabila beliau memecat Salleh sebagai pengerusi Qhazanah tanpa berbincang dengannya, sambil menambah bahawa beliau juga tidak dirujuk mengenai rancangan Hajiji untuk merombak Kabinet negeri.

Yusof adalah salah seorang daripada lima wakil Umno yang menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Hajiji sebagai ketua menteri apabila BN Sabah menarik sokongan mereka.

Sementara itu, pejabat ketua menteri Sabah menambah, Hajiji turut menyampaikan surat pelantikan kepada ADUN Tanjung Papat, Frankie Poon sebagai pengerusi Sabah Development Berhad.

“Pelantikan ketua DAP Sabah juga berkuat kuasa serta-merta.

“Hajiji berharap mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan syarikat milik kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Poon adalah salah seorang daripada tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) yang menyokong Hajiji semasa krisis politik minggu lalu, selepas dua ADUN PH, Christina Liew dan Phoong Jin Zhe dilantik menganggotai Kabinet negeri.

 

2 Comments