Pemimpin MIC 'Orang Kuat' M.Saravanan didakwa tuntutan palsu RM1.26 juta
23:01 Jan 20, 2023  |  By SabahKini2
Pemimpin MIC 'Orang Kuat' M.Saravanan didakwa tuntutan palsu RM1.26 juta

Saravanan Bekas Menteri Sumber Manusia sebelum ini mengesahkan ada pemimpin MIC terlibat penyelewengan dana Program Penjana Kerjaya 2.0. Rupanya antara yang terlibat ialah orang kanannya sendiri bekas Ketua Pemuda MIC Pahang yang punya syarikat Agensi Pek

Seorang ahli perniagaan yang juga Bekas Ketua Pemuda MIC Pahang orang kanan Saravanan didakwa di Mahkamah Sesyen selasa lalu atas enam pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM1.26 juta.

Bagaimanapun, M Karthikesan, 44, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Karthikesan selaku pemilik syarikat Fajaa Murudana Sdn Bhd memberi borang pengesahan pekerja bagi program insentif pengambilan pekerja atas nama syarikat itu bertarikh 12, 26 Mei dan 4 Jun 2021 kepada tiga pegawai PERKESO.

Menurut pertuduhan Karthikesan  berniat memperdayakan PERKESO yang mana borang pengesahan itu mengandungi pernyataan palsu apabila 34 kakitangan yang disenaraikan tidak bekerja dengan syarikat berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di Wisma PERKESO, Jalan Tun Razak, di sini dan Persiaran Perdana Presint 2, Putrajaya, antara 19 Mei hingga 3 Ogos 2021.

Pendakwaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali tuntutan palsu atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry, memohon tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM Selangor hingga kes selesai.

Susulan itu, peguam bela tertuduh, S Vijaya, memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung tiga anak yang masih bersekolah.

"Anak guam tiada risiko untuk melarikan diri dan peniagaannya kini terjejas akibat pertuduhan dikenakan," katanya.

Hakim membenarkan jaminan serta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan dan menetapkan sebutan kes seterusnya pada 1 Mac ini.

Untuk rekod syarikat Fajaa Murudana Sdn Bhd milik Karthikesan merupakan syarikat agensi pekerja asing yang banyak diberi projek oleh M Saravanan Menteri Sumber Manusia. Maka beliau mempunyai akses kepada HRDF dan PERKESO di bawah Saravanan.

 

18 Julai 2022 SPRM menahan 42 individu berhubung kes penyelewengan Penjana Kerjaya. Ini termasuk orang kuat Saravanan,  M Karthikesan. Saravanan juga mengesahkan ada pemimpin MIC ditahan kes penyelewengan dana itu namun beliau menyerahkan kepada SPRM.

 

BESTINET dan M Saravanan

Ketika M Saravanan sebagai Menteri Sumber Manusia banyak salah laku rasuah dan salahguna kuasa beliau memerah duit dari pemilik Dato' Sri Aminul Islam bin Abdul Nor projek pekerja asing melalui Bestinet dan dana HRD Corp Datuk Shahul Hameed Dawood. Kecoh percutian mereka sehingga ke Dubai.

Kes rasuah Bestinet, HRD Corp, seleweng Penjana Kerjaya RM100 juta bila SPRM heret Saravanan MIC, Shahul Hameed?

Pada Ogos 2022  enam individu termasuk ketua pegawai eksekutif Bestinet Ismail Mohd Noor direman tiga hari bagi siasatan selepas disyaki menerima rasuah berjumlah antara RM800 hingga RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing iaitu 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai 2022.

ARTIKEL BERKAITAN- Kes rasuah Bestinet, HRD Corp, seleweng Penjana Kerjaya RM100 juta bila SPRM heret Saravanan MIC, Shahul Hameed?

MIC dan Pemimpin MIC pun tak sesuci mana. Jika dikorek pasti akan jumpa salah laku rasuah pemimpin MIC yang berlagak suci masa jadi Menteri tapi berlagak bila dah berkuasa. Diharap banyak perkara lagi boleh dibongkar mengenai pemimpin MIC terutama dana-dana mereka selewengkan ketika berkuasa. 

 

2 Comments