11 Perkara penting Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963
20:01 Jan 21, 2023  |  By SabahKini2
11 Perkara penting Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963

Semua kini pada peringkat teknikal, dan Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan semua tuntutan kita akan dilaksanakan.

𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗧𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝟭𝟵𝟲𝟯 [𝗠𝗧𝗣𝗠𝗔𝟲𝟯], 𝗕𝗜𝗟 𝟭/𝟮𝟯:

  1. Semua isu-isu yang tertunggak berkaitan dengan MA63 telah lulus diperingkat perbincangan dan kini berada diperingkat pelaksanaan

  2. Pada ketika ini kita hanya berhadapan dengan isu teknikal, dan Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan semua tuntutan kita akan dilaksanakan.

  3. Dalam mesyuarat ini juga Kerajaan Sabah terus menuntut agar rundingan susulan berkaitan formula dan semakan Pemberian Khas serta tuntutan 40% di bawah Perkara 112D, dapat disegerakan.

  4. Kerajaan Sabah telah menerima nilai pemberian khas baharu (special grants) sebanyak RM125.6 juta untuk tahun 2022 dan seterusnya nilai ini akan meningkat sehingga 2026. Walau bagaimanapun, seperti sedia maklum, nilai pemberian baharu ini adalah hanya sebagai pembayaran interim kerana Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan hendaklah terus berunding untuk mendapatkan formula semakan pemberian khas dibawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

  5. Pada 10 Januari 2023 yang lalu, Dewan Undangan Negeri Sabah telah pun meluluskan 2 RUU berkaitan dengan penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah dan Kawai Selia Bekalan Gas di Sabah.

  6. Berkaitan dengan kawal selia elektrik pula, YAB Dato' Seri Perdana Menteri telah memberikan komitmen agar perkara ini akan diselesaikan sebelum 1 Januari, 2024.

  7. Kerajaan Sabah tetap dengan pendirian untuk menolak Akta Laut Wilayah 2012 yang membataskan sempadan Sabah kepada 3 Batu Nautika (Nautical Miles) sahaja.

  8. Kerajaan Sabah berpendapat bahawa sempadan Sabah adalah lebih 200 Batu Nautika selaras dengan The North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954.

  9. Akta ini telah mengakibatkan keupayaan Kerajaan Negeri Sabah untuk mengenakan beberapa undang-undang negeri ke atas perkara-perkara yang melibatkan lebih kepada 3 Batu Nautika. Sebagai contoh, pengenaan cukai jualan Negeri Sabah serta menghadkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri dalam hal-hal berkaitan dengan imigresen.

  10. Berkenaan dengan pembinaan Pusat Customs, Immigration, Quarantine and Security (CIQS) di Bantul dan Serudong, termasuk pembinaan jalanraya yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia melalui Bantul, Pensiangan dan Serudong, Kalabakan, YAB Dato' Seri Perdana Menteri telah mengumumkan RM1 Billion untuk kerja awalan.

  11. Kerajaan Sabah percaya dan berkeyakinan, di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Perdana Menteri, tuntutan MA63 oleh Sabah dapat diselesaikan dengan baik dan sesegera mungkin. lni adalah demi kebaikan bersama diantara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dalam usaha kita mencipta kemajuan dan kemakmuran di seluruh pelusuk negara demi kesejahteraan seluruh rakyat.
2 Comments