Pegawai kanan Bukit Aman dikaitkan dengan pengubahan wang haram di Sydney
20:03 Mar 02, 2018  |  By SabahKini2
Pegawai kanan Bukit Aman dikaitkan dengan pengubahan wang haram di Sydney

Kejadian ini adalah disebabkan terlepas pandang. Tiada niat jahat untuk melanggar mana-mana undang-undang termasuklah di Australia,”

POLIS Australia merampas sejumlah AUD$320,000 (RM971,728) dalam akaun bank milik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Wan Ahmad Najmuddin Mohd kerana disyaki hasil penggubahan wang haram, lapor akhbar Sydney Morning Herald (SMH).

Wan Ahmad, bagaimanapun tidak akan mencabar rampasan untuk mendapatkan wang itu kembali. Laporan menyebut yang Bukit Aman sudah melepaskannya daripada sebarang kesalahan susulan siasatan dalaman dilakukan tahun lepas selepas menerima amaran daripada polis Australia. Dia yang naik pangkat menjadi ketua CID April tahun lepas dikatakan membuka akaun bank itu pada 2011 untuk membayar pengajian sarjana anak perempuannya.

Tetapi, laporan itu menyebut seminggu selepas dia melawat Australia pada 2016, akaun tu menerima “banyak deposit wang yang meragukan.”

“Baki akaun itu bertambah hampir AUD$290,000 dalam tempoh sebulan, kebanyakkannya disebabkan oleh deposit berkala di bawah AUD$10,000, (jumlah lebih daripada itu) akan membuatkan agensi penguatkuasaan menerima amaran mandatori (tentang transaksi meragukan),” lapor akhbar itu lagi.

Akhbar itu memetik kenyataan Allaudeen Abdul Majid daripada unit integriti polis yang mengatakan polis sudah menyiasat perkara itu dan mendapati wang itu diperolehi secara sah daripada penjualan rumah dan Wan Ahmad mahu menghantar wang itu kepada anak perempuannya.

Allaudeen mengatakan Wan Ahmad meminta bantuan seorang rakan rapat, warga India bernama Seenisirajudeen Mohamad Basith untuk mengendalikan urusan pemindahan wang itu.

Transaksi itu bagaimanapun tidak mematuhi undang-undang Australia.

“Kejadian ini adalah disebabkan terlepas pandang. Tiada niat jahat untuk melanggar mana-mana undang-undang termasuklah di Australia,” katanya seperti dipetik akhbar itu.

Laporan siasatan Bukit Aman dihantar Mac tahun lepas dan pihak berkuasa Australia berjaya mendapatkan arahan merampas wang dalam akaun Wan Ahmad seminggu selepas itu.

Permohonan merampas wang Wan Ahmad kepada Mahkamah Agung New South Wales adalah berdasarkan deposit berkala diterimanya dan bukan berkaitan sama ada dia terlibat dalam aktiviti jenayah, lapor akhbar itu lagi.

Akaun Commonwealth Bank itu dibuka atas namanya di cawangan Haymarket, Sydney ketika melawat negara itu pada 2011. Ketika itu, dia adalah ketua polis Johor.

Polis Australia memberi amaran kepada PDRM mengenai transaksi meragukan akaun bank milik Pengarah CID Malaysia, Wan Ahmad Wan Najmuddin. PDRM melakukan siasatan dalaman dan 'membersihkan' Wan Ahmad daripada segala tuduhan salah laku. – Gambar AFP, 2 Mac, 2018.


Mengulas dakwaan penggubahan wang haram itu, Wan Ahmad dalam jawapan kepada The Malaysian Insight menafikan dakwaan SMH wujudnya salah laku dan tidak akan mencabar rampasan wang dilakukan pihak berkuasa Australia.

Sebelum membuka akaun banknya pada 2011 di Sydney, rekod menunjukkan Wan Ahmad melawat Australia menggunakan visa pelancong sebanyak sembilan kali sejak 2001. Setiap lawatan itu kurang daripada seminggu dan ada kalanya dia membawa banyak wang tunai.

Pada Disember, setahun selepas akaun itu dbuka, deposit sebanyak AUD$30,000 dimasukkan ke dalam akaun itu dan AUD$8,000 dikeluarkan.

Menurut polis Australia, wang itu adalah untuk anak lelakinya yang belajar di sana ketika itu, akaun itu dorman sehinggalah 2016.

Akaun itu kembali aktif selepas Wan Ahmad melawat Australia pada September 2016. Terdapat banyak deposit tunai daripada lima negeri dengan 54 transaksi dilakukan dengan jumlah deposit “di bawah had pelaporan”.

Situasi itu mencetuskan amaran kepada bank dan agensi pengesan jenayah kewangan Australia, Austrac.

Apabila Wan Ahmad dilantik menjadi ketua CID, Bukit Aman sudah “membersihkannya” daripada sebarang salah laku. – 2 Mac, 2018.

SUMBER: TheMalaysianInsight.com

 

Jawapan Ketua Polis Negara

Pengarah Bukit Aman sudah buktikan wang di Australia sah

Comment