Projek JanaWibawa 'Rundingan Terus' heret bekas KSU KKR RM114 juta, Tuan Ibrahim Mangkubumi RM578 juta kini Naza Group?
23:01 Jan 21, 2023  |  By SabahKini2
Projek JanaWibawa 'Rundingan Terus' heret bekas KSU KKR RM114 juta, Tuan Ibrahim Mangkubumi RM578 juta kini Naza Group?

Mengapa banyak Projek JanaWibawa Rundingan Terus ditangkap SPRM? Bekas KSU KKR libatkan RM114 juta, Mangkubumi Tan Sri Zainudin dan Tuan Ibrahim PAS libatkan RM578 juta, sepupu menantu Muhyiddin juga dapat JanaWibawa. Kini Naza Group juga diberi Muhyiddin

Projek rundingan terus ratusan juta sering menyebut Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa).

11 Januari lalu empat pengarah syarikat ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah untuk mendapatkan projek khas kerajaan di bawah JanaWibawa Jalan Tangkak Segamat bernilai RM114 juta.

Dato' Sri Zohari Akob dan pengarah syarikat


Kredit video Bernama: Penahahan Dato' Sri Zohari Akob
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya

Keempat-empat itu dilaporkan berusia antara 38 hingga 65 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, selepas diminta hadir untuk memberikan keterangan

Media melaporkan suspek terdiri daripada seorang pengarah urusan dan pengarah besar daripada dua syarikat berbeza manakala dua lagi individu yang ditahan adalah pengarah syarikat daripada syarikat sama.

Bagaimanapun media tidak menyebut suspek berusia 65 tahun sebagai orang tengah merupakan Dato' Sri Zohari Akob,  Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (bersara 2019) yang meminta dan menerima rasuah daripada dua pengarah syarikat tersebut dengan dibantu oleh seorang lagi suspek iaitu pengurus besar. 

 

 Dato' Sri Zohari Akob

Menurut sumber Dato' Sri Zohari Akob selaku bekas KSU KKR yang menjadi orang tengah  meminta sebanyak tiga hingga lima peratus daripada nilai projek sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan projek di bawah Program JanaWibawa kerajaan itu.

Sebagai bekas KSU Zohari mempunyai akses kepada pegawai di Kementerian Kerja Raya. Beliau hanya menyambung memberi projek kepada syarikat yang pernah berurusan dengannya.

Terdapat sumber mendakwa ada pemimpin PN di belakang projek ini untuk kelulusan JanaWibawa. Siapa mungkin ada kejutan daripada SPRM nanti.

Semua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, untuk reman selama 6 hari dan kemungkinan ada pemimpin politik yang akan terlibat. 

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai adalah pihak yang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

 

Projek JanaWibawa Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd dan 
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bekas Menteri PAS

Isu Perang mulut Rafizi Ramli dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) juga berkait perkara ini. Projek ini adalah projek 'pau' Pilihanraya. 

Datuk Seri Tuan Ibrahim bermati-matian tidak mengaku dia menandatangani Surat Setuju Terima (SST) projek tebatan banjir namun akhirnya kantoi apabila dokumen didedahkan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menandatangani Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor syarikat Mangkubumi Sdn Bhd yang kontroversi bagi Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong- Durian Tunggal sebagai Kolam Dwi-Fungsi untuk Tebatan Banjir dan Sumber Air Negeri Melaka (Secara Reka Bina) kos RM529,458,714.06 (RM529.4 juta)

 

[BOLEH ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Tuan Ibrahim Menteri PAS tandatangan SST Projek Tebatan Banjir!Berapa Mangkubumi bayar rasuah SST RM529.4 juta?

Pelaksanaan Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong- Durian Tunggal  secara tender selektif ini diperjelaskan lagi dalam dokumen Pelaksanaan Perolehan Kerajaan selaras Peranan dan Fungsi Kerajaan Caretaker. Inilah kehebatan Mangkubumi Sdn Bhd. Kerajaan dah bubar tapi projek boleh diteruskan demi Mangkubumi. 

 Dokumen lengkap mengenai pelaksanaan Projek Caretaker

Apa sebenarnya JanaWibawa atau Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana WIbawa)?

Projek JanaWibawa yang diperkenalkan oleh Muhyiddin Yassin ini tujuan asalnya untuk mempercepatkan pelaksanaan projek merancakkan ekonomi negara semasa dan pasca pandemic Covid19. Program ini juga berhasrat untuk meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan supaya lebih berdaya saing, berdaya tahan dan berpotensi.

Persoalannya mengapa syarikat seperti Mangkubumi Sdn Bhd  milik Tan Sri Ir Zainudin Karjan yang kaya raya dapat? Dilaporkan Mangkubumi menguasai lebih12 syarikat yang masuk projek rundingan terus atau tender di Kementerian KASA. Malah di kementerian lain seperti JKR.  Antara syarikatnya yang lain ialah IDX Multi Resources Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd, Menuju Asas Sdn Bhd dan banyak lagi. 

 

Darurat dan Projek Naza Group

Pada 11 Januari 2021 Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin mengumumkan Proklamasi Darurat menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan Darurat bagi seluruh Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021 atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. 

Dua hari selepas pengumuman Darurat Menteri Kewangan atas arahan Perdana Menteri Muhyiddin telah meluluskan Pembinaan Projek Central Spine Road Pakej 2: Jambatan Sg Lakit ke Gua Musang, Kelantan dan Seksyen 2C: Bukit Sejuk ke Bandar Baru Gua Musang di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa) secara RUNDINGAN TERUS (Konvensional) kepada Syarikat Naza Engineering & Contruction Sdn Bhd melalui surat MOF bertarikh 13 Januari 2021.
 
 
Naza Engineering & Contruction Sdn Bhd diberikan projek Projek Central Spine Road Pakej 2 mungkin kerana sumbangan Naza Group memberikan derma RM1.25 juta kepada Tabung Covid-19 yang diterima oleh Muhyiddin Yassin pada 30 Mac 2020.  Belanja RM1.25juta dapat kembali ratusan juta!
 
 

 

Projek Central Spine Road dibuat 6 Pakej iaitu;

Pakej 1: Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit, Kelantan (47km)

Pakej 2: Jambatan Sg. Lakit ke Gua Musang, Kelantan (59km) (Naza Engineering)

Pakej 3: Gua Musang ke Kg. Relong, Kuala Lipis, Pahang (93.8km) (IDX Multi Resources Sdn. Bhd Tan Sri Zainuddin Mangkubumi)

Pakej 4: Kg. Relong, Kuala Lipis ke Raub, Pahang (50km)

Pakej 5: Raub ke Bentong, Pahang (54km)

Pakej 6: Bentong ke Simpang Pelangai, Pahang (47.5km )

IDX Multi Resources Sdn Bhd milik Tan Sri Ir Zainudin Karjan Mangkubumi Sdn Bhd juga turut mendapat pakej projek ini.

 


IDX Multi Resources Sdn Bhd 
milik Tan Sri Ir Zainudin Karjan Mangkubumi Sdn Bhd semua sapu

 

 Pada tahun 2021 didedahkan Dewan Rakyat 46 projek yang bernilai hampir RM7.75 bilion projek RUNDINGAN TERUS DIBUAT ketika darurat mengikut negeri. 

  1. Kelantan - 9 projek bernilai RM1.63 bilion.
  2. Perak - 3 projek bernilai RM378juta.
  3. Terengganu - 4 projek bernilai RM584.5juta
  4. Sarawak - 3 projek bernilai RM1.4 bilion
  5. Pahang - 5 projek bernilai RM1.58 bilion.
  6. Negeri Sembilan - 5 Projek bernilai RM566.1juta
  7. Kedah - 2 projek bernilai RM162.4juta.
  8. Johor - 7 projek bernilai RM879juta
  9. Pulau Pinang - 2 Projek bernilai RM307.7juta
  10. Selangor - 1 projek bernilai Rm122.5juta
  11. Pelbagai(Thailand) - 1 Projek bernilai RM59juta.
  12. Perlis - 1 projek bernilai RM52.5juta
  13. SABAH- TIADA PROJEK RUNDINGAN TERUS

Ada satu persamaan kepada semua projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa) yang diluluskan oleh Menteri Kewangan ialah mempunyai surat atau memo dari pejabat PM kepada Menteri Kewangan atau KSP MOF. Bermakna projek ini diarahkan oleh Perdana Menteri atau pegawainya.

7 Januari lalu SPRM menahan reman Adam Radlan sepupu Adlan Berhad Menantu Muhyiddin dalang projek runding terus RM92.5B yang pernah kecoh isu Bestari.net, Nexbis Sdn Bhd dan sistem imigresen RM1.16 bilion ketika darurat. 

Adam Radlan Adam Muhammad  Timbalan Bahagian BERSATU Segambut yang juga ahli majlis Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin ditahan SPRM selepas menjadi dalang dalam pengagihan projek kerajaan bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang 2020 hingga 2022. Projek ini juga termasuk Projek JanaWibawa.

Beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5% dan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik konon untuk tujuan pembiayaan politik.

[ARTIKEL BERKAITAN- Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B ]

Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B

 

Apa lagi projek JanaWibawa yang SPRM bakal tangkap selepas ini? 

 

 

 

12 Comments