Rayuan kes Peter Anthony sabitan bersalah, hukuman penjara didengar 15 Mac
17:01 Jan 27, 2023  |  By SabahKini2
Rayuan kes Peter Anthony sabitan bersalah, hukuman penjara didengar 15 Mac

Rayuan Peter bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dijatuhkan terhadapnya bagi kesalahan menggunakan dokumen palsu, akan didengar 15 Mac ini di hadapan hakim Mahkamah Tinggi baharu.

Rayuan bekas Menteri Warisan, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dijatuhkan terhadapnya bagi kesalahan menggunakan dokumen palsu, akan didengar 15 Mac ini di hadapan hakim Mahkamah Tinggi baharu.

Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah berkata hakim baharu itu ialah Datuk Ahmad Bache, yang akan menggantikan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan. Hakim Ahmad merupakan hakim yang mengendalikan kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

"Tarikh baharu pendengaran rayuan itu ditetapkan oleh jurubahasa mahkamah," katanya kepada pemberita selepas memperoleh tarikh itu di Mahkamah Tinggi hari ini. Turut hadir Peter dan peguamnya, S. Devanandan.

Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar rayuan Peter di hadapan Hakim Sequerah.

Pada Jun tahun lepas, Peter, 51, memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 26 Mei 2022 selepas mendapati dia bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.

Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagaimanapun, presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu telah membayar denda berkenaan.

Kes rayuannya menyebabkan Datuk Peter gagal layak bertanding dalam Pilihanraya Negeri Sabah november tahun lalu yang menyebabkan huru-hara selepas penyokongnya tidak berpuas hati dengan keputusan SPR sehingga anggota keselamatan terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyekat daripada penyokong PKDM memasuki kawasan penamaan calon.

Kedudukan kes Peter mungkin semakin sukar susulan selepas beliau menentang dan menolak Kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri Hajiji bersekongkol dengan Shafie Apdal Warisan dan Bung Moktar BN Sabah.

 

2 Comments