Wang di Australia sah - Ketua Polis Negara
21:03 Mar 02, 2018  |  By SabahKini2
 Wang di Australia sah - Ketua Polis Negara

Beliau setakat ini berjaya memberikan semua dokumen yang diperlukan dan relevan berkaitan wang tersebut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd telah membuktikan sumber wang dalam akaun miliknya di Australia.

Beliau berkata Najmuddin telah menunjukkan dokumen membuktikan wang tersebut hasil daripada jualan rumahnya di Shah Alam, Selangor dengan harga pasaran RM700,000 (A$260,770) ketika itu. 

"Beliau setakat ini berjaya memberikan semua dokumen yang diperlukan dan relevan berkaitan wang tersebut.

"Beliau juga telah memberikan justifikasi tentang keperluan akaun di luar negara, iaitu bagi menanggung pengajian anaknya," katanya dalam kenyataan.

Justeru Fuzi berkata dakwaan bahawa wang tersebut daripada sumber yang meragukan atau Najmuddin terlibat dalam sebarang kesalahan adalah tidak berasas.

Akhbar Sydney Morning Herald hari ini melaporkan pihak berkuasa Australia membekukan akaun bank milik Najmuddin di sana yang mempunyai wang berjumlah lebih A$320,000 (RM971,800) kerana disyaki pengubahan haram.



 
Comment