UMNO Pecat KJ, Noh, gantung Hishammudin, Shahril Hamdan
05:01 Jan 28, 2023  |  By SabahKini2
UMNO Pecat KJ, Noh, gantung Hishammudin, Shahril Hamdan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dua pemimpin itu dikenakan tindakan terbabit kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

UMNO malam tadi memecat keahlian mantan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Tan Sri Noh Omar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dua pemimpin itu dikenakan tindakan terbabit kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Katanya, parti itu turut menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

“Selain itu, yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO bahagian Pasir Gudang, manakala Bahagian Putrajaya (9), Bahagian Tanjung Karang (2) dan UMNO Pahang (26).

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan tengah malam tadi sejurus selesai mesyuarat MKT dipengerusi Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabata UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Pada masa sama, Ahmad berkata, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor baharu menggantikan Datuk Ir Hasni Mohammad.

Sementara itu, pemecatan dua pemimpin ‘popular’ terbabit menepati jangkaan ramai, susulan mereka dilihat lantang mengkritik kepimpinan parti berkenaan, khususnya Ahmad Zahid.

Kemuncak kelantangan mereka apabila mempertikai dan tidak bersetuju dengan beberapa perkara diputusakan parti serta ditetapkan Presiden.

Sebelum ini, Khairy yang tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU-15, menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan selepas UMNO mengalami prestasi pilihan raya paling teruk dalam sejarah penubuhannya.

Pada berkempen pada PRU-15, Khairy juga berkata, UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid sudah hilang arah dan memerlukan ‘pembersihan’.

Khairy juga antara mereka yang menentang keputusan parti yang menetapkan dua jawatan tertingginya tidak bertanding pada pemilihan, malah mendakwa terdapat ‘perwakilan hantu’ dibawa masuk ke PAU baru-baru ini untuk mengundi usul tidak bertanding.

Manakala, antara perkara lantang dipersoalkan Noh adalah tuduhan beliau mengkhianati Parlimen Tanjung Karang pada PRU-15, iaitu kerusi disandangnya selama beberapa penggal sebelum Barisan Nasional (BN) meletakkan calon lain di situ, walaupun hakikatnya parti itu mengalami kerugian besar dan gagal memenangi majoriti di tujuh negeri, termasuk Selangor.

Beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, susulan kekalahan teruk parti itu pada PRU-15 dengan turut hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ahmad Zahid.

Lebih berani, mantan Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi itu berkata, kekalahan besar UMNO pada PRU-15 berpunca daripada penolakan rakyat, walaupun mungkin terdapat beberapa faktor lain, termasuk calon tidak popular.

Kenyataan sumber berkenaan dibuat selepas Ahmad Zahid memberitahu bahawa Majlis Tertinggi akan menentukan nasib Khairy.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengesahkan bahawa tindakan tatatertib tidak akan hanya tertumpu kepada Khairy, sebaliknya parti dijangka melakukan pembersihan besar-besaran. 

 

5 Comments