[VIDEO] Salah Shafie Apdal Warisan: Jeti roboh di Semporna, 25 murid sekolah terjatuh dalam laut
20:01 Jan 30, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Salah Shafie Apdal Warisan: Jeti roboh di Semporna, 25 murid sekolah terjatuh dalam laut

Jeti roboh atau Semporna teruk bukan baru. Dari Menteri KKLW hingga Ketua Menteri. Shafie Ahli Parlimen dan adun-adunnya pun gagal keluarkan Semporna dari kemiskinan. Kali ini 25 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna jatuh laut.

Seramai 25 murid ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna terjatuh ke dalam laut apabila jeti yang digunakan menuju ke sekolah roboh pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, seramai dua murid mengalami cedera ringan manakala, 23 murid lagi termasuk lima murid Tabika Kemas tidak mengalami sebarang kecederaan semasa terjatuh ke dalam laut apabila jeti itu tiba-tiba roboh semasa murid-murid berkenaan berada di atas jeti tersebut.

Menurut laporan media, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri (Sektor Pengurusan Sekolah), Abidin Marjan berkata, dua guru sekolah yang kebetulan berada di lokasi kejadian telah bertindak terjun ke laut bagi membantu menyelamat murid-murid yang terlibat.

“Dua murid yang cedera ringan mengalami luka pada bahagian bibir dan tangan akibat terkena kayu dan simen jeti yang roboh,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, guru-guru lain yang tiba di jeti berkenaan kekal di atas bot berhampiran jeti Pulau Pababag untuk membantu murid-murid yang telah diselamatkan.

“Jeti kampung itu roboh semasa murid sedang menaiki jeti berkenaan. Jeti itu adalah laluan utama untuk murid sampai ke sekolah,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, selepas memeriksaan keadaan semua murid yang terlibat, mereka yang tidak mengalami kecederaan dibenarkan balik ke rumah masing-masing untuk ditenangkan oleh ibu bapa mereka. 

 Susulan kejadian ini di mana agaknya Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal?


Daerah Semporna- Shithole

Tahun 2018 ketika Shafie Apdal Ketua Menteri sebuah video antarabangsa tular diterbitkan "Captain George Official" menobatkan Semporna  sebagai kawasan paling teruk dan terkotor di Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN- Video Antarabangsa nobatkan Semporna Kawasan Shafie sebagai ‘Biggest Shithole’ In Malaysia ]

 

Bayangkan sejak Shafie Aodal menjadi Menteri kabinet malah Menteri KKLW mendapat peruntukan terbesar RM14 bilion tetapi Semporna tetap tidak pernah maju. Daerah Semporna juara segala juara, juara sampah, bandar kotor, binatang liar terbiar dan mencatat kes kolera tertinggi di Sabah. 

Kisah jeti runtuh tak diselenggara bukan baru di Semporna. Tahun 2019 pernah tular di facebook mengenai 'Semporna dihati"  nasib guru-guru yang mengajar di Pulau-pulau Semporna apabila terpaksa membahayakan diri.  Masalah kawasan jeti Marin digunakan untuk pasar malam dan tiada tempat parking kereta. Mereka terpaksa melalui jeti yang sedikit merbahaya untuk keselamatan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Guru bahayakan nyawa, MD Semporna 'Shithole' gagal selesaikan masalah rakyat ]

Itulah Semporna! Ahli parlimennya kekal tidak akan majukan Semporna kerana tahu rakyat akan terus memilihnya sebagai Ahli Parlimen.

15 Comments