Datuk Yakub Khan Dilantik Pengerusi BN Sepanggar
02:03 Mar 03, 2018  |  By SabahKini2
Datuk Yakub Khan Dilantik Pengerusi BN Sepanggar

Perdana menteri juga yakin BN mampu mengekalkan kemenangan di Parlimen Sepanggar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, selain memberi amanat untuk kita merampas kembali kerusi DUN Inanam

KOTA KINABALU, 2 Mac- Pemangku Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yakub Khan dilantik pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar, berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman pelantikan  berkenaan dibuat Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat khas bersama komponen BN di pejabat UMNO Sepanggar, hari ini.



Sementara itu, Yakub berkata, beliau bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh pimpinan tertinggi parti untuk menerajui BN Sepanggar dan akan berusaha sedaya upaya memastikan kemenangan BN di Sepanggar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, pelantikan itu bukan suatu keistimewaan, sebaliknya tanggungjawab besar untuk memastikan BN terus relevan.

"Dalam mesyuarat tadi, perdana menteri memberi amanat kepada semua pemimpin komponen dan jawatankuasa parti supaya meningkatkan persiapan menghadapi PRU14.



"Perdana menteri  juga yakin BN mampu mengekalkan kemenangan di Parlimen Sepanggar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, selain memberi amanat untuk kita merampas kembali kerusi DUN Inanam," katanya.

Yakub berkata, beliau dan barisan kepemimpinan BN Sepanggar akan menyokong penuh sesiapa saja yang diberikan tanggungjawab untuk menjadi calon BN di Parlimen itu pada PRU akan datang.

Comment