Andi Suryady sokong Hajiji fokus pembangunan negeri henti kemelut politik rugikan rakyat
19:02 Feb 03, 2023  |  By SabahKini2
Andi Suryady sokong Hajiji fokus pembangunan negeri henti kemelut politik rugikan rakyat

Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat. Kemelut politik harus diketepikan untuk fokus rakyat

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.

Jelas Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah itu berkata, kemelut politik negeri harus dihentikan supaya tidak membebankan rakyat.

"Buat masa ini saya akurlah dengan keputusan parti bahawa sekarang ini tempoh untuk bertenang tetapi kita kena fokus.

"Pada saya kita kena fokus kepada masalah dan agenda pembangunan negeri, kita tidak mahu berada dalam kemelut politik yang terlampau lama kerana pada akhirnya yang terbeban dan terkesan adalah rakyat," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Tabika Kemas kawasan Parlimen Kalabakan.

Tambah Andi Suryady, buat masa ini kemelut politik harus diketepikan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan dan isu rakyat.

Malah beliau reda dengan apa juga keputusan yang akan diambil kepimpinan UMNO Pusat terhadapnya sebagai ahli UMNO.

"Sebarang tindakan parti saya fikir itu terletak kepada pucuk pimpinan... kita kena fokus kepada pembangunan dan isu rakyat kerana tahun ini adalah tahun yang sukar," katanya.

Baru-baru ini Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor  mengekalkan dua ADUN BN sebagai pembantu menteri dalam barisan kabinetnya iaitu  Datuk Andi Muhammad Suryady Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian manakala, Harun Durabi (BN-Bengkoka) sebagai Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Ini menjadikan 7 adun BN menyokong Hajiji.

1 Comment