3 lagi Adun Warisan bakal umum keluar parti?
11:02 Feb 12, 2023  |  By SabahKini2
3 lagi Adun Warisan bakal umum keluar parti?

3 dah keluar, 3 lagi bakal umum dan 6 lagi Adun Warisan dijangka keluar menyokong Hajiji Ketua Menteri. Bagi BN pula SUA BN datang berunding ke Sabah untuk Kerajaan Perpaduan dan menyokong Hajiji.

Laporan 6 Adun bakal keluar parti sebelum ini bukanlah berita palsu. Sekalipun beberapa kali laporan polis dibuat tetapi hakikatnya semua dakwaan itu benar belaka.

Antara Adun yang disebut-sebut ialah YB. Assaffal Alian, (Tungku), Mohamad Mohammarin (Banggi), Azhar Hj Matussin (Darau), Norazlinah Arif (Kunak), Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Dr Daud Yusof (Bongawan).

Kini tiga Adun WARISAN itu iaitu Mohamad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak) telah mengumumkan keluar parti dan menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

[VIDEO] Lapor Sabahkini2 fitnah, hari ini 3 Adun Warisan diketuai Norazlinah keluar partiTerbaru

Ini menjadikan 9 Adun Warisan telah keluar parti bermula daripada YB Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama), Datuk Peter Anthony (Melalap), Datuk Juil Nuatim (Limbahau) dan Rina Jainal (Kukusan).


6 Adun Warisan telah keluar

ADUN Darau, Azhar Matussin adalah pemimpin Warisan paling kerap membuat penafian dan laporan polis. Namun terdapat desas-desus beliau akan mengumumkan keluar parti dalam tempoh terdekat bersama Adun Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari dan Gum Gum Anunarsin Taib.

Mungkinkah juga YB. Assaffal Alian, (Tungku) dan Dr Daud Yusof (Bongawan) juga akan berbuat sama? atau Adun Budaya Jamil Hamzah?


Assaffal Alian dan Dr Daud Yusof 

Jamil Hamzah

Penafian Adun Warisan seperti Norazlinah Arif yang keras sebelum ini adalah perkara biasa. Begitu juga Adun Warisan lain yang akhirnya membuktikan mereka keluar parti.


6 Adun lagi sokong Hajiji

Sumber kerajaan berkata ada 6 lagi Adun Warisan menyokong Hajiji Ketua Menteri. Siapakah mereka?

WARISAN kini hanya mempunyai 16 Adun, manakala sokongan terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji bertambah kepada 49 ADUN termasuk tujuh Adun Pakatan Harapan (PH) dan 7 Adun UMNO. Jumlah Warisan akan berterusan berkurangan.

Adun UMNO juga dijangka akan mengumumkan sokongan tambahan kepada Hajiji. Kesemua Adun UMNO termasuk dua MPnya tak kisah jika tindakan diambil terhadap mereka. Semuanya demi kebaikan rakyat Sabah Namun dengan jawatankuasa perundingan Kerajaan Perpaduan Sabah diwakili Datuk Yakub Khan baru-baru ini ia mungkin berbeza.

Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan sepatutnya didesak lebih awal kepada Perdana Menteri, bukannya menarik sokongan dan melakukan cubaan menggulingkan Ketua Menteri. Kegagalan Langkah Kinabalu menyebabkan ramai pihak terkesan.

Junz Wong baru-baru ini marah dengan GRS kononnya mencuri adun-adunnya. Namun terlupa Adun DAP juga sebelum ini keluar parti dan menyertai Warisan. Ini pun boleh dianggap mencuri adun PH DAP. Sabah belum ada RUU lompat parti maka adun-adunnya berhak memilih parti mana mereka mahu.

 

18 Comments