SPRM digesa siasat MDEC cipta ‘Kartel Animasi’ monopoli pemberian geran
21:02 Feb 13, 2023  |  By SabahKini2
SPRM digesa siasat MDEC cipta ‘Kartel Animasi’ monopoli pemberian geran

Tahun 2019 kecoh 'Kartel Pegawai MDEC' menyusun geran kepada syarikat kroni. Dari CEO hingga pegawai dirombak. Namun kini bukan kartel 'Pegawai' tetapi MDEC berjaya pula mencipta 'Kartel Animasi' yang menguasai geran. Geran berulang, bertindih,'Spin Off'

Empat tahun berlalu selepas pendedahan Sabahkini2 mengenai skandal MDEC melibatkan 'Geng Kartel' monopoli geran MDEC menurut sumber SPRM kes ini masih belum pernah ditutup sehingga kini.

Skandal di MDEC tidak pernah surut sebagaimana isu di FINAS pengerusi dan pegawai silih berganti. Begitu juga di MDEC. Skandal projek ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX) melibatkan bekas bos MDEC iaitu Datuk Yasmin Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif ADAX Sharala Axryd masih misteri sehingga sekarang walaupun projek itu melesapkan wang rakyat RM150 juta. Gobind Deo ketika menjadi Menteri Komunikasi pernah mengarahkan siasatan dibuat namun semuanya terus senyap.

Kroni sapu geran MDEC, Yasmin disingkir CEO, RM150 juta lesap projek ADAX, mana SPRM?

SPRM masuk, MDEC juga dirombak. Pegawai kartel seperti Hasnul Hadi Samsudin, Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif Digital MDEC (Bekas anak KSP MOF YBhg. Tan Sri Dr. Samsudin bin Hitam) yang banyak mencatur penerima geran ditamatkan kontrak. 

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Geng Kartel' monopoli geran MDEC, syarikat mengadu mohon campur tangan Menteri KKM

[ARTIKEL BERKAITAN- Kroni sapu geran MDEC, Yasmin disingkir CEO, RM150 juta lesap projek ADAX, mana SPRM?

Sebahagian pegawai dan panel masih ada dalam 'Kartel MDEC'.

Namun tidak bererti Geng kartel pegawai MDEC ini tamat termasuk panel-panel MDEC yang masih dipanggil oleh MDEC menjadi penilai kepada penerima geran. Legasi mereka berterusan disambung pula oleh pegawai-pegawai lain. 

Perubahan Pengerusi dan Lembaga Pengarah juga dipengaruhi pertukaran kerajaan dari BN kepada PH, PN kembali kepada BN Ismail Sabri. Politik juga menjadikan kartel pegawai MDEC bermaharajalela. 


BOD Zaman PN


Pertukaran kerajaan PN ke Ismail Sabri Pengerusi bertukar lagi apabila Tan Sri Anuar Musa memasukkan pula
Pengerusi dan orang-orangnya dalam BOD MDEC.



Anak Shahrizat Jalil (Izzana Salleh) turut berada dalam BOD bersama Dato' Mohd Irwan Rizal orang kuat Annuar Musa.
Setakat ini Fahmi Fadzil Menteri KKD belum merombak BOD MDEC

Ada baiknya Fahmi Fadzil merombak MDEC

Pelantikan Mahadhir Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru sehingga kini tidak mendatangkan impak yang berbeza dengan CEO dan BOD lama. Beliau terus dibuai oleh Kartel pegawai MDEC. Pertukaran kerajaan menjadikan beliau menyampah kepada orang politik seperti Menterinya. Kita lihat apakah beliau akan membuang ke tong sampah surat-surat Menteri yang sampai kepadanya sebagaimana beliau lakukan sebelum ini. MDEC perlu dirombak sekali lagi jika Menteri Fahmi Fadzil mahu semuanya berjalan lancar.

Pemberian geran hanya kepada syarikat yang rapat dengan Pegawai, panel MDEC, syarikat kaya-raya yang sudah mendapat gren MDEC sebelum ini. Setiap tahun syarikat 'Kartel geran' inilah yang dapat berulang Geran Kandungan Digital MDEC sama ada animasi, media interaktif dan permainan digital.

Syarikat mendapat geran berulang dengan tajuk yang sama
tetapi syarikat baru tidak diluluskan jika menggunakan cara sama

 
Pegawai, panel dan 'Kartel Animasi'
 
Di negara ini semua percaya hanya syarikat animasi seperti Les Copaque Production Sdn Bhd (Upin Ipin), Wau Animation Sdn Bhd (Ejen Ali), Animonsta Studios Sdn Bhd (Boboiboy & Mechamato) dan Digital Durian/ DD Animation (Omar & Hana and Didi & Friends). Semuanya pernah mendapat geran MDEC. Begitu juga syarikat Lemon Sky Animation Sdn Bhd bukan bumiputera yang kaya raya tetapi mendapat geran MDEC. Di atas sebahagian adalah dari senarai-senarai itu.
 
Namun menjadi persoalan mengapa syarikat-syarikat animasi yang dah kaya terus diberi bantuan kewangan kerajaan walaupun produksi mereka telah mendapat kutipan tayangan lebih 30 juta?  Jika begitu MDEC tidak akan dapat melahirkan syarikat-syarikat kandungan digital baru. Hanya syarikat kaya dan Geng 'Kartel Animasi' sahaja yang mendapat geran MDEC. Terus kaya raya. Lebih buruk lagi bukan saja di MDEC tetapi di Finas dan My Creative Venture milik kerajaan pun geng 'Kartel Animasi' menguasai geran-geran ini. Kabel mereka di mana-mana.
 
Semuanyanya kerana apa? Pegawai MDEC dan panel-panel dilantik MDEC yang menjadi jawatankuasa penilai bias kepada penerima. Bayangkan Aziemah Azman Panel MDEC dari Media Prima tetapi luluskan produksi Wau Animation Studios Sdn Bhd yang bekerjasama Primeworks Studios milik Media Prima bukankah itu satu kepentingan?
 
Media Prima tidak sepatutnya menagih geran kerajaan untuk menerbitkan produksi animasinya. Sedangkan Wau Animation dan Media Prima dah kaya pun. MDEC perlu menghentikan geran kepada syarikat besar seperti Media Prima. Ini sangat tidak adil kepada pemain industri yang memerlukan dana membangunkan produk animasi.
 
Ucapkan Tahniah pada Animasi yang dia jdi Panel MDEC
 
Pegawai MDEC pula seperti Izan Sharif Senior Executive MDEC budak Geng Kartel "Hasnul Hadi Samsudin" menjadi penilai kepada syarikat peminta geran baru. Bukan orang dia atau bekas bos dia Hasnul maka ditolak. Maka dapatlah Wau Animation Sdn Bhd (Ejen Ali), Animonsta Studios Sdn (Boboiboy & Mechamato) dan Digital Durian/ DD Animation dan  Lemon Sky Animation Sdn Bhd berulang-ulang kali. CEO hanya menjadi pak turut saja.
 
Pegawai ni syarikat baru atau yang belum pernah dapat Geran MDEC dia tak layan.
Dia buang dalam tong sampah saja cadangan syarikat baru.
Syarikat kartel Animasi dia layan
 
 
Syarikat baru lain mereka letak syarat-syarat yang syarikat kaya atua punya wang mampu lakukan. Misalnya dasar 60% duit syarikat sendiri dan 40 peratus diberi MDEC. Syarikat pernah dapat geran dan kaya mudah je ikut tapi jika syarikat baru mereka terpaksa berhempas pulas. Dasar ini mengkayakan syarikat animasi dan permainan digital bukan bumiputera yang sedia kaya raya. 
 
Ini belum masuk syarikat tidak boleh mendapat geran bertindih atau mungkin animasi yang menggunakan tajuk atau watak sama dalam animasi lain (Spin off). Ini biasa dibuat oleh geng Kartel Animasi yang disebutkan di atas. Pegawai MDEC buat bodoh saja. Tapi syarikat baru tak boleh. Kita akan tunjukkan mengapa syarikat 'Kartel Animasi' yang dah kaya tak sepatutnya mendapat dana kerajaan lagi.
 
 
Kartel Animasi Kaya! Tapi terus diberi wang oleh MDEC
 
1] Les Copaque Production Sdn Bhd - Upin Ipin 
 
Syarikat  Les' Copaque tidak perlu diperjelaskan lagi. Semua kenal. Tanpa MDEC siapalah Les' Copaque. Mereka lebih awal kaya dengan dana permulaan MDEC. Biasalah Syarikat kroni pegawai MDEC atau ‘Geng Kartel’ sentiasa mendapat tempat. Ketika Hasnul Hadi Samsudin, Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif Digital MDEC dan Datuk Yasmin Mahmood di MDEC mereka seperti anak emas. Malah watak CEO MDEC diberi watak dalam movie “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal”.
 



Watak bekas CEO MDEC pun boleh ada dalam animasi Upin Ipin
 

Les' Copaque sekarang nampak lebih baik berdiri sendiri tidak mengharap lagi geran MDEC. Mereka juga berjaya di luar negara seperti Indonesia. Jadi kaya raya.  Bukankah cara ini lebih baik? diharap Les' Copaque tidak lagi meminta geran MDEC walapun dilaporkan pada tahun 2020 ketika pendemik mereka mendapat juga dana 
kandungan kreatif digital tempatan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) seperti yang dilaporkan media.
 
2] Animonsta Studios Sdn Bhd -Boboiboy & Mechamato 
 
Syarikat Animonsta Studios kini menjadi anak emas terbaru MDEC. Penerbit Animasi Boboiboy ini mendapat banyak manfaat MDEC selepas mendapat geran bernilai RM1.96 juta melalui BCi2 Fund memulakan Boboiboy sejak tahun 2011. 
 
Animonsta Studios terus berkembang selepas itu mengumumkan penghasilan filem Boboiboy pada bulan Mei 2013 dengan dana FINAS dan MDEC. Dengan bajet RM5 juta BoBoiBoy: The Movie ditayangkan tahun 2016 di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Kutipannya mencecah RM15.7 juta. Mereka menyiapkan lagi  filem kedua, BoBoiBoy Movie 2 yang telah ditayangkan 8 Ogos 2019 dengan kutipan RM30 juta.
 
MDEC terus memberi dana kepada Animonsta Studios bagi karya terbaru Mechamato Movies pada tahun 2019 dan disiapkan 2022.  Dalam masa sama Animonsta mendapat dana lagi untuk Mechamato Series tahun 2020. Animonsta mendapat geran bertindih. Malah melakukan 'Spin Off' apabila watak bapa Boboiboy ada dalam Mechamato. Sekaligus melanggar syarat MDEC. Syarikat lain tak boleh tetapi Animonsta Studios  sangat istimewa. Alasan MDEC nak beri kekayaan kepada syarikat Melayu!.
 
 'Spin Off'. Hanya Animonsta Studios dibenarkan oleh MDEC. Syarikat lain tak boleh geran
bertindih atau watak animasi lain diulang dalam animasi lain
 
 
Kutipan Mechamato Movie tahun 2022 menggungguli carta kutipan filem animasi tempatan tertinggi dalam tempoh 22 hari tayangan dengan kutipan RM30.75 juta, Mechamato Movie berjaya memintas Ejen Ali The Movie dan Boboiboy Movie 2 yang mana masing-masing mengutip RM30 juta ketika ditayangkan pada 2019. Keseluruhan kutipan Mechamato ialah RM35 juta.
 
Syarikat lain bukan dengki dengan Animonsta Studios yang sentiasa mendapat bantuan MDEC tetapi  syarikat yang dah kaya mendapat kutipan tinggi sepatutnya tidak diberi lagi dengan projek geran lain.  Sekalipun Animonsta Studios tidak menghantar laporan kewangan mereka tahun 2021 dan 2022 tetapi rekod menunjukkan syarikat itu punya wang puluhan juta. MDEC tidak wajar menolong mereka lagi. Hanya MDEC dan kroni terus menambahkan kekayaan syarikat ini. 

 
 
 
 
 
 
Laporan kewangan Animonsta menunjukkan wang tunai dalam akaun lebih RM10 juta. Hutang tak sampai pun RM2 juta. Pendek kata Animonsta syarikat yang ada wang. Rekod mereka pun mencecah lebih RM30 juta. Jadi Animonsta bukan syarikat bermasalah walaupun mereka lambat menghantar penyata kewangan tahun 2021 dan 2022. 
 
LAPORAN PENUH BOLEH DI BACA DI SINI;
 
 
 

Dengan kutipan Mechamato Movie RM35 juta dan bayaran Mechamato Series kepada Netflix berapakah agaknya laporan kewangan Animonsta Studios tahun 2022? Jadi mengapa MDEC memberi keistimewaan kepada Animonsta Studios. Tak kisah apa pencapaian produksi Animonsta Studios syarikat ini telah keluar dari bantuan kerajaan. Syarikat baru sepatutnya dilahirkan oleh MDEC.
 
3] Wau Animation Sdn Bhd - Ejen Ali
 
Satu lagi syarikat yang banyak mendapat manfaat MDEC ialah Wau Animation Sdn Bhd bagi produksi Ejen Ali. Seperti yang diperjelas sebelum ini Wau Animation Studios Sdn Bhd kini di bawah Primeworks Studios milik Media Prima Berhad. Tentulah sangat tidak adil apabila antara Panel yang dilantik oleh MDEC dalam Geran kandungan kreatif mereka ialah pegawai Media Prima. 
 
Wau Animation Sdn Bhd dan Primeworks Studios sepatutnya berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada duit kerajaan Geran MDEC. Siri Animasi mereka disokong oleh Media Prima. Ejen Ali: The Movie yang ditayangkan di pawagam pada 28 November 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan kos RM6.5 juta  berjaya meraih kutipan pawagam tertinggi filem tempatan tertinggi tahun 2019 dengan kutipan mencecah RM30.05 juta.
 
Walaupun pencapaian Ejen Ali, Wau Animation mereka tidak sepatutnya lagi mendapat geran kandungan kreatif MDEC. Kita mendapat maklumat Wau Animation terlewat membayar gaji kepada stafnya 4 bulan tetapi tidak bermakna MDEC menjadi penyelamat kepada Wau Animation 
 
 
 
 
 
 
Wau Animation Sdn Bhd bukanlah syarikat yang rugi.
Revenuenya mungkin hasil Geran. 
 
 
 
 
 
 
 
 4] Lemon Sky Animation Sdn Bhd - AstroLology
 
Satu lagi yang menjadi syarikat animasi bukan bumiputera kesayangan kartel pegawai MDEC ialah Lemon Sky Animation Sdn Bhd. Sebagaimana Ejen Ali Wau Animation mendapat dana MDEC DCG tahun 2018 dan 2020, Lemon Sky mendapat dana MDEC untuk animasi sama AstroLology tahun 2016 dan 2020. Syarikat Lemon Sky bukanlah syarikat kecil dalam animasi dan permainan Digital. Animonsta, Wau Animation dan Lemon Sky mereka syarikat produksi yang dikecualikan MDEC untuk mendapat geran berulang kali pada karya yang sama. Tetapi syarikat lain yang memohon geran MDEC tidak dibenarkan!. 
 

Keupayaan mereka dalam pembikinan animasi dan permainan digital diakui sehingga ke peringkat antarabangsa. Mereka dikategorikan syarikat kaya dengan revenue lebih RM45 juta, keuntungan syarikat antara RM8 juta hingga RM10 juta setahun. Syarikat ini tidak pernah rugi sejak ditubuhkan tahun 2010. Projek luar negara pun sudah cukup mengkayakan mereka. Tidak tidak perlu lagi geran kerajaan.
 
Bagi MDEC syarikat kaya boleh ikut dasar 60% dan 40% akan dapat manfaat.
Lu ada duit lu dapat geran. Lu tak ada duit 40% Lu pigi mampuslah
 

 5] Didi & Friends - DD Animation Studio

Kisah Didi & Friends animasi bagi kanak-kanak prasekolah yang dicipta oleh syarikat Digital Durian mungkin tidak sebaik produksi animasi seperti Animonsta dan Les Copaque Production Sdn Bhd. Digital Durian ditubuhkan oleh Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian dan Sinan Ismail pada tahun 2008. Namun tetap mendapat geran konten kandungan digital daripada MDEC 2018 dan tahun 2020 untuk Omar dan Hana The Series Season 1 dan Didi & friends The Movie: Lagenda Muzika.

Pada tahun 2017, DD Animation Studio mengorak langkah apabila Didi & Friends bekerjasama dengan Astro, mengeluarkan siri episod yang lebih panjang iaitu Cerita-Cerita Didi & Friends yang bermula dengan pratayang di pawagam TGV Cinemas.

Seperti produksi animasi lain perbalahan pengasas Didi & Friends berlaku di DD Animation Studio. November 2021, CEO Digital Durian, Sinan Ismail mengumumkan bahawa Digital Durian telah melepaskan hak pemilikan mereka terhadap Didi & Friends dan menjualnya kepada Warnakala Studios milik bekas pengasas Digital Durian, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian.

Mampukah filem Didi & Friends The Movie mengatasi kutipan
Mechamato atau BoboiBoy? Sama-sama lihat

Nama  Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian tidak ada lagi dalam DD Animation Studio. Sekalipun ‘Revenue’ syarikat ini mencecah RM11 juta namun tahun 2021 dengan kerugian melebihi RM1 juta. Apakah nasib Didi & Friends di bawah Warnakala Studios dan Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian?

 

Konklusi

 
Menteri KKD kena tengok perkara ini melibatkan kartel pegawai MDEC sejak didedahkan tahun 2019. Bagaimana syarikat yang telah berjaya dan kaya terus diberikan geran MDEC berterusan. Syarikat telah membuat filem dan meraih kutipan berjuta tetapi apabila mereka terus mendapat geran selain dikecualikan dari syarat-syarat tertentu seperti judul berulang, geran bertindih, 'Spin Off' malah tanpa melihat audit akaun mereka yang berjaya mengutip jutaan ringgit.
 
Jika Geng Kartel Pegawai tidak diatasi dan kini 'Kartel Animasi' pula baik MDEC tak perlu buka geran, beri sajalah kepada syarikat kroni yang mereka rasanya boleh terus mengutip keuntungan. Tak perlu lagi membantu syarikat pemula atau syarikat baru. Nak mudah lantik saja syarikat animasi seperti di atas!.
 
Lihat pencapaian MDEC sejak 15 tahun yang lalu. Adakah syarikat baru lain selain 'Kartel Animasi' yang berjaya dilahirkan MDEC? melainkan syarikat berulang mendapat geran. Ini belum masuk lagi geran untuk syarikat permainan digital lagi yang hanya untung syarikat bukan bumiputera sahaja.
 
 
SPRM sepatutnya terus membuka dan menyiasat kes-kes rasuah melibatkan geran di MDEC malah rantaian mereka di FINAS dan My Creative Venture. Ada kabel besar adik Menteri misalnya dapat dana My Creative Venture. 
 
Ini kerana penerima geran kandungan kreatif berpusing-pusing syarikat yang sama sesama mereka saja. Dapat geran di MDEC tahun 2018 tetapi tahun 2019 dapat juga geran lain di MyCreative Venture sehingga RM5 juta tetapi hasil animasi tak kemana. Situasi ini kekal berlaku sekarang. [Ini boleh didedah dalam part akan datang]. Alasan tidak boleh bertindih ni hempeh kerana 'Kartel Animasi' yang MDEC sayang tetap dapat di mana-mana agensi kerajaan.
 
Dasar MDEC 60% dan 40% harus dihapuskan kerana ini hanya strategi menguntungkan syarikat kaya dan bukan bumiputera yang memang mempunyai modal kewangan. Syarikat baru memang tak akan mampu terutama syarikat bumiputera yang baru nak bangkit. 
 
SPRM tidak boleh tutup mata....kalau tak gegar MDEC maka berulanglah lagi Geng pegawai kartel MDEC bermaharaja lela. Ada pegawai MDEC yang untung disebalik kejayaan 'Kartel Animasi'.
 

By
Bekas Pegawai MDEC
 
37 Comments