Agong mahu memandu di Lebuh Raya Pan Borneo, bolehkah JKR Sabah pastikan jalan 'Chong Babi' RM 1.3B Sipitang-Beaufort siap?
10:02 Feb 14, 2023  |  By SabahKini2
Agong mahu memandu di Lebuh Raya Pan Borneo, bolehkah JKR Sabah pastikan jalan 'Chong Babi' RM 1.3B Sipitang-Beaufort siap?

Pan Borneo tertangguh kerana kebodohon Shafie Warisan batalkan projek. Sarawak pula bernasib baik Sukuk Pan Borneo diteruskan. Pakej Pan Borneo teruk ialah Sipitang-Beaufort. YDP Agong buat lawatan bolehkah JKR pastikan kontraktor "Chong Babi" siapkan?

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 menzahirkan impian untuk memandu menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Seri Paduka melahirkan rasa sukacita prestasi dengan pelaksanaan projek Fasa 1 Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak yang dimulakan pada 2015 serta dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

"Menjadi impian beta untuk memandu menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo ini. Khusus untuk beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu.

"Program kembara ini sedang dirangka oleh Istana Negara dengan kerjasama kerajaan Persekutuan, kerajaan Sabah dan Sarawak," titah Al-Sultan Abdullah

 

Program Kembara wajar dipercepatkan

Susulan titah sultan untuk mengadakan kembara ini wajar disegerakan agar Sultan melihat sendiri program Pan Borneo yang dibina di Sabah.

Apapun laporan Pan Borneo Fasa 1 yang dikatakan bakal siap itu nampaknya lebih sesuai untuk Pan Borneo di Sarawak yang selesai lebih cepat menggunakan Sukuk Dana Infra Nasional Berhad (DanaInfra).

Semua tahu selepas BN kalah PRU-14 pada Mei 2018, Kerajaan PH ketika itu Menteri Kewangannya Lim Guan Eng dan Shafie Apdal Ketua Menteri Warisan membatalkan projek Pan Borneo Sabah terlebih dahulu. Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai “Project Delivery Partner” mengurus dan menyelia projek itu ditamatkan khidmatnya pada penghujung September 2021. Alasan Lim Guan Eng dan Shafie Apdal ialah model PDP bagi lebuh raya di bahagian Sabah menelan kos lebih tinggi kepada syarikat kroni dan perlu digantikan semula  dengan model kontraktor siap guna daripada JKR sendiri. 

Namun sangat ironis pada 3 Disember 2019, Menteri KKRM ketika itu Baru Bian mengumumkan pelantikan semula 11 kontraktor, 12 perunding Pan Borneo Sabah yang ditamatkan oleh Lim Guan Eng- Shafie Warisan sebelum ini.

Pada 6 Februari 2020  Lim Guan Eng mengumumkan penamatan perjanjian PDP Pan Borneo yang kononnya telah menjimatkan duit kerajaan RM3.1 bilion. Implikasi kewangan telah dikurangkan 14 peratus dari sebelum ini. Tapi benarkah? kerana kos terus meningkat. Pengurangan kos hanya alasan membatal PDP Pan Borneo Sabah. 


Shafie Apdal bodoh setuju syor batal PDP bersekali dengan sukuk...
Sarawak pintar batal PDP duit belanja projek terus ada

 

Apa jadi kepada Sabah selepas penamatan PDP Pan Borneo Sabah? Ia sekaligus membatalkan penerbitan sukuk Dana Infra Nasional Berhad (DanaInfra) yang menyebabkan projek Pan Borneo Sabah mengalami masalah pembiayaan tertinggal jauh daripada Pan Borneo Sarawak.

Sebaliknya Sarawak bernasib baik pembatalan PDP tidak menjejaskan mereka kerana sukuk atau bon untuk projek itu berjaya diperolehi. Menteri KKR dari Sarawak sama ada Baru Baru Bian dan Datuk Seri Fadillah Yusof terus berbangga untuk mengumumkan lagi Pan Borneo Fasa 2.

 Siapa bodoh? Pemimpin Sabah atau Sarawak?

Akhirnya apa jadi? baki 20 lagi pakej di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) (Bukan RMK11) bawah peruntukan pembangunan.  Berapa lama agaknya diperlukan menyiapkannya?

Inilah kebodohan Kerajaan Warisan Shafie Apdal ketika itu. Merekalah punca dan mendesak Lim Guan Eng membatalkan Projek Pan Borneo Sabah. Rakyat Sabah jadi mangsa sehingga hari ini.

Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri KKR dari Sarawak nak tolong Sabah ke ketika itu? Tidak! 27 Mei 2022 Fadillah Yusof bertegas baki 19 pakej kerja Fasa Satu Pan Borneo Sabah dilaksana guna peruntukan pembangunan kerajaan sedia ada. Tiada Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), tidak ada sukuk atau bon seperti yang dicadangkan oleh kerajaan negeri bagi mempercepatkan projek itu. Sarawak sebaliknya 'move' ke Pan Borneo Fasa 2 meninggalkan Sabah.

Ketika Muhyiddin dan Ismail Sabri jadi Perdana Menteri, Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan tiada pun usaha MOF menyediakan kertas Sukuk Pan Borneo Sabah. Hanya yang ada MOF meluluskan sukuk MRT RM50 bilion dan Empangan Nenggiri Kelantan RM5 bilion. Malaya tidak sanggup berhutang demi kemudahan rakyat Sabah tetapi kita cucu cicit akan terus membayar hutang bon MRT dan Empangan Nenggiri ini sampai mati.

 

Pan Borneo Sabah – Jalan Chong Babi Sipitang-Beaufort Siap?

11 Projek Pan Borneo sepatutnya siap penghujung 2022 (Jadual di atas) namun apa jadi? Lagi lambat siap semakin susahlah rakyat Sabah berhadapan kerosakan jalan itu. Pan Borneo menyebabkan bencana alam banjir, kerosakan, kehilangan harta benda, jalan tidak selamat, kemalangan berlaku malah kematian dalam tempoh jalan itu dibina. Jangan cakap mengenai selenggara jalan semua itu 'memang babi'.

JKR Sabah lemas dalam pelukan wang ringgit. Kononnya nak belanja peruntukan selenggara membazir kena tunggu Projek Pan Borneo siap.  Belum cerita selenggara jalan Persekutuan, PBT dan cerun lagi.

Kita syorkan Agong mencemar duli memandu jalan pakej Pan Borneo Sabah paling terkenal di Sabah iaitu;

            WP1: MENAIKTARAF JALAN DARI SINDUMIN KE KG. MELALIA (28.5KM)

            WP2: MENAIKTARAF JALAN DARI KG. MELALIA KE BEAUFORT (34.7KM)

Pakej lain mungkin lambat siap tetapi progres jelas nampak. Tapi dua pakej ini sangat bermasalah dilaksanakan oleh seorang taikun Sipitang terkenal iaitu Chong Kek Seng atau ‘Chong Babi’. Dua pakej projek ini bernilai lebih RM 1.3 bilion.  Taikun paling kebal dan boleh tampar pegawai kerajaan yang menyelia kerjanya.  Dua pakej ini penyambung kepada jalan Pan Borneo Sabah Sarawak.

Projek Menaiktaraf Jalan Dari Sindumin Ke Kg. Melalia dilaksanakan oleh Juta Hajat Sdn Bhd- Syarikat Kumpulan Kemajuan KK (Sabah) Sdn Bhd JV bernilai RM483.058,536.89 sepatutnya siap 3 disember 2021. Projek ini gagal disiapkan masa ditetapkan. 

Satu lagi projeknya ialah Menaiktaraf Jalan Dari Kg. Melalia Ke Beaufort dilaksanakan syarikatnya sendiri Expowarisan Sdn Bhd- Katata Contruction (S) Sdn Bhd JV bernilai RM861,896,188.34 yang sepatutnya siap 3 disember 2022.

Kisah jalan ke neraka ini boleh dibaca di sini;

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Lori Hantu 'Chong Babi' Sipitang-Beaufort, bahayakan nyawa tapi mana JPJ, Penguatkuasa?

 

[VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi  ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat!

Pembinaan jalannya sejak tahun lalu sehingga sekarang tak berubah..

Jika rakyat mengadu kepada JKR tentang jalan yang dibina kontraktor Chong Babi ni lagi teruk dan mengancam nyawa tetapi seperti biasa dia lebih berkuasa dari kerajaan dan JKR. 

Kg Bukau- Sebahagian dari jalan Pan Borneo Sipitang-Beaufort 

 

Kereta tayar pecah kerana jalan teruk


Aduan begini biasanya disampahkan oleh Chong Babi..

Berilah apa pun kepada Sabah termasuk mengiktiraf Jabatan Kerja Raya Sabah dan Sarawak sebagai jabatan teknik tetapi kalau perangai pegawai tak berubah tak peka kepada keperluan rakyat Sabah akan kekal berubah. Yang kaya hanya pegawai. Kerajaan bertukar ganti terus dikutuk rakyat tetapi pegawai JKR kenyang.

Oleh  itu Timbalan Ketua Menteri Selaku Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya mempunyai cabaran besar untuk mengubah budaya kerja di JKR. Pelantikan Pengarah JKR Sabah yang baru Hj Arman Abdul Muin pastinya mahu melakukan perubahan.

Isunya dengan tahap prestasi teruk kontraktor 'Chong Babi' itu di Sipitan mampuhkah syarikatnya menyiapkan projek sedangkan sekarang pun telah dikenakan denda lewat (LAD)? Jika Yang Di Pertuan Agong melakukan kembara di Pan Borneo jalan manakah yang akan dilalui Agohg? Dari Sarawak masuk ke Sipitang?

Jika benar elok dipercepatkan supaya kontraktor segera menyiapkan.

 

 

33 Comments