NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd terima bayaran RM20 juta dividen daripada Kimanis Power Sdn Bhd
13:02 Feb 14, 2023  |  By SabahKini2
NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd terima bayaran RM20 juta dividen daripada Kimanis Power Sdn Bhd

Pengerusi Kimanis Power Sdn.Bhd, Abdul Aziz Othman menyerahkan dividen itu kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), Datuk Jasni Daya.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan pembayaran dividen berjumlah RM20 juta untuk tahun 2022 daripada Kimanis Power Sdn.Bhd kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn.Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (YS) di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Pengerusi Kimanis Power Sdn.Bhd, Abdul Aziz Othman menyerahkan dividen itu kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), Datuk Jasni
Daya.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, Ketua (Pembangunan Perniagaan dan Komersial) PETRONAS Gas Berhad, Hisham Maaulot, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kimanis Power Sdn.Bhd, Rozali Khamis, Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab dan Pengarah ICSB, Joshua Ho. - SM 

Comment