Muhyiddin kata tak kenal, jumpa kontraktor Jana Wibawa tapi beri projek ratusan juta kepada Naza Group
21:02 Feb 18, 2023  |  By SabahKini2
Muhyiddin kata tak kenal, jumpa kontraktor Jana Wibawa tapi beri projek ratusan juta kepada Naza Group

Dipanggil SPRM, Muhyiddin kata dia tak kenal dan jumpa kontraktor Jana Wibawa. Tapi bagaimana dengan Naza Group yang Muhyiddin beri Projek Central Spine Road Pakej 2 dan Seksyen 2C? Muhyiddin tak kenal juga ke?

Selepas diasak pelbagai pihak, SPRM akhirnya memanggil Muhyiddin Yassin. Ke mana siasatan ini pergi hanya Azam Baki yang mengetahuinya sejajar dengan kontraknya yang tamat Mac ini.Ia juga tertakluk siapa 'kartel' pegawai SPRM yang menyiasat kes ini.

Muhyiddin Yassin sendiri mengesahkan beliau sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai projek Jana Wibawa.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, keterangan diberi adalah berkait penganugerahan kepada kontraktor dipilih bawah projek berkenaan, yang didakwa pihak tertentu bahawa berkemungkinan wujud tatacara perolehan tidak mengikut peraturan ditetapkan.

"Saya menjelaskan juga apabila ditanya (SPRM) saya kenal atau tidak kontraktor. Saya kata tidak kenal. Tak pernah berjumpa pun dengan mereka. Nama syarikat pun saya tidak tahu, bila dia (SPRM) bacakan senarai syarikat. Saya sudah berikan kerjasama agak baik," katanya

 
Muhyiddin kata Tak tahu? Benarkah?

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kementerian Kewangan mengarahkan pelaksanaan projek Jana Wibawa ditangguhkan untuk meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan oleh perbendaharaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dipetik berkata, penangguhan projek bernilai RM5.7 bilion itu dibuat kerana terdapat unsur kaedah perolehan secara tender terpilih atau runding terus.

Muhyiddin tuduh Tengku Zafrul

Bagaimanapun Muhyiddin menuduh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan yang berkuasa meluluskan projek kerana dialah yang menguruskan proses perolehan Kementerian Kewangan (MoF).

"Hal ini semua kita tahu, ia adalah tuduhan serius. Saya tidak terbabit. Saya bukan orang yang meluluskan. Saya tidak kenal siapa. Mereka (MoF) yang mempertimbang. Itu yang saya sudah jelaskan kepada SPRM," katanya.

Muhyiddin berkata, Jana Wibawa adalah projek diusahakan MoF yang dicadangkan oleh Tengku Zafrul ketika itu bagi membantu kontraktor Bumiputera yang terkesan teruk dengan pandemik COVID-19.

"Kalau tak dibantu... sebab sebahagian besar sudah gulung tikar. Idea itu datang daripada Tengku Zafrul dan saya setuju... dibawa kepada Kabinet dan Kabinet luluskan.

"Kemudian kita laksanakan dengan meminta persatuan pemborong Bumiputera mengemukakan nama-nama kontraktor yang diluluskan oleh CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) dengan jumlah (gred) tiga hingga lima bintang. Ini saja yang boleh mohon. Itu sudah diserah oleh persatuan Bumiputera, ada lebih 54 syarikat. Peraturan ini dibuat oleh pihak Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa penentu, dan pemilih juga adalah Menteri Kewangan," katanya.

Apa pula tindakan Tengku Zafrul? dia mahu mengaku atau jadi saksi diarahkan Muhyiddin?

Elok juga SPRM memanggil Tengku Zafrul Menteri Kewangan tu dan bolehlah Tengku Zafrul berkata saya diarahkan oleh Muhyiddin Yassin. Di bawah kuasa Akta Fungsi Menteri 1969 Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang berkuasa. Ia hanya isu teknikal penurunan kuasa iaitu mengarahkan Menteri Kewangan dari segi dokumentasi dan tidak kelihatan kelulusan daripada Perdana Menteri. Tetapi minit-minit PM dari senarai kontrakor Jana Wibawa yang diluluskan adalah satu bukti. 

Muhyiddin sedar ini yang berlaku kepada bekas Perdana Menteri Najib berhubung isu 1MDB berhubung arahan projek. Najib mudah dipersalahkan sekalipun 1MDB mempunyai BOD membuat keputusan. Melantik Zafrul Menteri Kewangan hanya wayang menunjukkan dia bukan menandatangani projek tetapi arahan penurunan kuasanya daripada Perdana Menteri. Zafrul tidak akan melaksana projek Rundingan Terus jika tidak dapat arahan Perdana Menteri Muhyiddin ketika itu.

Zafrul kini memegang pedang. Sama ada dia yang mengaku terlibat atau membalas tuduhan dia diarahkan Muhyiddin dari senarai kontraktor Jana Wibawa. 

Muhyiddin tak kenal kontraktor Jana Wibawa?

Tapi betulkah Muhyiddin tak kenal dan tak jumpa kontraktor Janawibawa itu? misalnya Kumpulan Naza Group. Bukankah pada 11 Januari 2021 Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin mengumumkan Proklamasi Darurat menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021. Naza Group merupakan kontraktor yang perlu dibantu dalam Jana Wibawa?.

Dua hari selepas pengumuman Darurat Menteri Kewangan atas arahan Perdana Menteri Muhyiddin telah meluluskan Pembinaan Projek Central Spine Road Pakej 2: Jambatan Sg Lakit ke Gua Musang, Kelantan dan Seksyen 2C: Bukit Sejuk ke Bandar Baru Gua Musang di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa) secara RUNDINGAN TERUS (Konvensional) kepada Syarikat Naza Engineering & Contruction Sdn Bhd melalui surat MOF bertarikh 13 Januari 2021.


Muhyiddin tak pernah jumpa Naza Group?

 

Naza Engineering & Contruction Sdn Bhd diberikan Projek Central Spine Road Pakej 2 mungkin kerana sumbangan Naza Group memberikan derma RM1.25 juta kepada Tabung Covid-19 yang diterima oleh Muhyiddin Yassin pada 30 Mac 2020.  Untunglah Belanja RM1.25juta dapat kembali ratusan juta! Malah katanya IDX Multi Resources Sdn Bhd milik Tan Sri Ir Zainudin Karjan Mangkubumi Sdn Bhd yang kontroversi dikaitkan dengan Tuan Ibrahim Tuan Man bekas Menteri KeTsa pun dapat Pakej 3: Gua Musang ke Kg. Relong, Kuala Lipis, Pahang (93.8km) daripada Muhyiddin Yasin.

 

IDX Multi Resources Sdn Bhd dan Karjan Mangkubumi Sdn Bhd antara
12 syarikat milik Tan Sri Ir Zainudin yang digunakan di JKR, JPS

 

Apapun kita harap SPRM panggil Tengku Zafrul dan rakyat dengar sendiri apa  cakap siapa Muhyiddin yang sebenarnya..Benarkah hanya Menteri Kewangan atau ada arahan Muhyiddin.

Mungkin tak lama lagi kita dapatkan 54 senarai syarikat dapat dana Jana Wibawa itu dan dihuraikan secara terperinci siapa mereka dan kelayakan mereka. Ini akan menjawab persepsi umum tentang pemberian projek rundingan terus Jana Wibawa itu.

Semua tahu kontraktor Jana Wibawa dianugerah projek rundingan terus atau tender ketika darurat merupakan 'kilang' pemberi wang komisen kepada Muhyiddin dan Bersatu. Kita lihat kepakaran Azam Baki SPRM sama ada dia berkeras atau 'berkawtim'. 

 

7 Comments