Shafie Apdal ke Lahad Datu dan Tawau 15 PATI Filipina Ditahan
04:03 Mar 03, 2018  |  By SabahKini2
Shafie Apdal ke Lahad Datu dan Tawau 15 PATI Filipina  Ditahan

Sempena Shafie Apdal ke Lahad Datu dan Tawau satu operasi PATI telah dibuat dan menangkap 15 PATI Filipina

 

LAHAD DATU, 2 Mac - Sempena kehadiran Dato'Seri Shafie Apdal Presiden Warisan Sabah pada 3 dan 4 Mac di Tawau dan Lahad Datu 
 
 
Operasi bersepadu yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) pada Rabu lepas, berjaya menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia di sekitar daerah ini.

Komander Esscom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata 197 individu diperiksa dan daripada jumlah itu, 13 warga Filipina serta dua warga Indonesia, kesemuanya berumur lingkungan 14 hingga 68 tahun, ditahan di tiga lokasi berasingan, di Kampung Desa Bajau, Kampung Silam dan kawasan pasar rakyat Lahad Datu.

"Operasi enam jam bermula 12 tengah malam itu memberi tumpuan terhadap lokasi disyaki menjadi tempat persembunyian PATI di daerah ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hazani berkata kesemua PATI itu dirujuk kepada Jabatan Imigresen dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri sah.

Katanya, kesemua mereka dibawa ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk tindakan lanjut, sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Operasi itu melibatkan anggota, termasuk  daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen dan Majlis Daerah Lahad Datu.
Comment