Peter Anthony PDKM ‘U-turn’ sokong Hajiji, Adun Limbahau bakal sertai PGRS
10:02 Feb 22, 2023  |  By SabahKini2
Peter Anthony PDKM ‘U-turn’ sokong Hajiji, Adun Limbahau bakal sertai PGRS

Akhirnya Peter dan PKDM 'U-turn' semula menyokong Hajiji Ketua Menteri selepas terlibat dalam 'Langkah Kinabalu'.

Kepimpinan tertinggi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (Parti KDM) ‘U-Turn’ lagi dan kini memberikan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor untuk menerajui Sabah.

Tersalah langah sebelum ini menyertai Bung Moktar dan Shafie Apdal, Presiden Parti KDM Datuk Peter Anthony berkata, sudah tiba masanya untuk melakukan gencatan politik demi pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.

"Dua mesyuarat sebelum ini bersama pimpinan negara memutuskan bahawa agar kita dalam kalangan kerajaan perpaduan tidak membuat sebarang kenyataan mengenai pergolakan politik di sini.

"Tetapi hari ini, kita memutuskan untuk membuat penjelasan demi kebaikan pembangunan di Sabah dan kebajikan rakyat," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata,  Parti KDM juga tidak mahu terherat dalam pergolakan politik untuk satu tempoh lama yang melibatkan parti-parti politik di Sabah.

Bagaimanapun dalam sidang media bersama 5 Adun UMNO keluar parti dan 3 lagi adun Warisan menyertai Gagasan Rakyat turut dihadiri oleh Datuk Juil Nuatim Adun Limbahau yang juga diumumkan bakal menyertai Gagasan Rakyat. Ini bermakna Datuk Juil Nuatim akan meninggalkan parti KDM bersama Gagasan Rakyat.

Peter Anthony juga nampaknya Musang Berbulu Ayam yang berbahaya kepada GRS jika dibiarkan. 


Datuk Juil Nuatim dan Datuk Hajah Johair PKDM hadir
sidang media adun UMNO keluar UMNO sertai PGRS

8 Comments