Belanjawan 2023: Sabah ucap terima kasih peruntukan RM6.5b
08:02 Feb 25, 2023  |  By SabahKini2
Belanjawan 2023: Sabah ucap terima kasih peruntukan RM6.5b

Sabah mengalukan peruntukan RM6.5b atau tinggi 3.1 peratus dari tahun lalu. Kerajaan negeri turut mengalu-alukan komitmen Kerajaan Pusat untuk menyegerakan projek Lebuh Raya Pan Borneo.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Belanjawan 2023 mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara dengan menjaga keperluan rakyat secara menyeluruh.

Sambil menyambut baik pembentangan Belanjawan 2023, Hajiji berkata peruntukan RM6.5 bilion kepada negeri itu lebih tinggi berbanding diumumkan kerajaan sebelum ini.

"Sabah mengalu-alukan peruntukan RM6.5 bilion untuk negeri ini, iaitu lebih kurang 3.1 peratus daripada jumlah yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 yang lepas," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Selain itu, katanya, RM2.5 bilion lagi diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak melaksanakan projek kemudahan awam seperti jalan raya, lampu jalan, bekalan elektrik dan air.

Menurut beliau, kerajaan negeri turut mengalu-alukan komitmen Kerajaan Pusat untuk menyegerakan projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Borneo serta Sabah Sarawak Road Link sepanjang 1,000km dengan memperuntukkan RM20 bilion," jelas Hajiji.

Dalam pada itu, mengenai komitmen Anwar untuk mempercepatkan penghapusan miskin tegar di negara ini, Hajiji berkata ia merupakan satu langkah baik dan pada masa sama berharap pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dinikmati rakyat.

Hajiji juga mengalu-alukan komitmen kerajaan pusat dalam peruntukan RM1 bilion, menambah baik infrastruktur di sempadan negara.

Peningkatan keselamatan dengan penambahan sebanyak 42 pos keselamatan di sempadan termasuk di kawasan Esscom turut disambut baik.

 

1 Comment