RM3 juta Jabarullah Kadersah menambahkan risau Lim Guan Eng
15:03 Mar 03, 2018  |  By SabahKini2
RM3 juta Jabarullah Kadersah menambahkan risau Lim Guan Eng

Apa seterusnya selepas Datuk Abdul Jabarullah Kadersah?

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ahli perniagaan Datuk Abdul Jabarullah Kadersah Pengarah Urusan Pembinaan Global Strategies Sdn Bhd dipercayai menerima wang sejumlah RM3 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

Jelasnya, suspek pada awalnya meminta RM4 Juta sebagai habuan bagi menutup kes yang dalam siasatan SPRM itu.

Walaubagaimanapun, hasil rundingan, jumlah itu telah dikurangkan kepada RM3 juta.

Jabarullah menerima kebesaran Datuk Pulau Pinang pada tahun 2015

"Pihak Syarikat yang yakin dengan masalah itu mampu diselesaikan oleh suspek membuat pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai habuan," jelasnya.

Difahamkan, Datuk Abdul Jabarullah Kadersah yang berusia 64 tahun dikatakan menerima wang berkenaan daripada syarikat Zenith Consortium selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Ahli perniagaan itu ditahan di ibu negara kira-kira jam 3.30 petang Jumaat.

Pada Selasa lalu, SPRM menahan Dato' Sri Gnanaraja  Gnanasundram pemilik Yayasan Usaha Ventures Malaysia (Malaysia Ventures Entrepreneur) yang sebelum ini dikaitkan dengan banyak penipuan korporat serta menjual nama pemimpin negara.

Sementara itu Datuk Seri Azeez Rahim  yang disaman oleh Zarul Zenith Consortium berhubung dakwaan menerima RM3 juta menafikan dakwaan itu dan bertindak melaporkan polis terhadap Datuk Abdul Jabarullah Kadersah yang mengaitkan namanya dalam projek ini. 

 

1 Comment