485 mangsa banjir Sabah dipindahkan ke dua PPS
14:03 Mar 01, 2023  |  By SabahKini2
485 mangsa banjir Sabah dipindahkan ke dua PPS

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Benca Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa yang terlibat adalah melibatkan 173 ketua isi rumah (KIR).

Kota Kinabalu: Seramai 485 mangsa banjir di dua buah daerah di Sabah telah dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Benca Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa yang terlibat adalah melibatkan 173 ketua isi rumah (KIR).

Antara daerah yang terjejas sehingga kini adalah Kota Marudu dan Tongod.

“Hujan berterusan sejak semalam mengakibatkan seramai 485 mangsa terjejas di dua daerah dan telah dipindahkan ke PPS yang disediakan.

“Antara PPS yang dibuka adalah di Dewan Komuniti Kota Marudu dan Dewan Mini Kampung Simpangan Entilibon Tongod,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Bagi daerah Kota Marudu, seramai 377 mangsa telah dipindahkan ke PPS yang disediakan melibatkan 149 KIR.

Manakala di Tongod, seramai 108 mangsa telah dipindahkan ke PPS Dewan Mini Kampung Simpangan Entilibon Tongod melibatkan 24 KIR terlibat,” menurut kenyataan itu lagi.

Trend semasa situasi banjir di Sabah pada masa ini menunjukkan peningkatan jumlah mangsa. – SABAH MEDIA

Comment