Lapan pemimpin UMNO Sabah termasuk Labuan tanding jawatan MKT
01:03 Mar 06, 2023  |  By SabahKini2
Lapan pemimpin UMNO Sabah termasuk Labuan tanding jawatan MKT

Siapakah pilihan perwakilan Sabah? Hanya perwakilan Sabah yang mampu memilih kerana banyak wang atau kerana khidmat kepada parti.

KOTA KINABALU: Tujuh pemimpin UMNO Sabah sah menawarkan diri untuk merebut jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026.

Mereka termasuk tiga penyandang Ahli MKT iaitu Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ketua UMNO bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Empat muka baharu pula ialah Timbalan Menteri Luar yang juga Ketua UMNO bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin; Ketua UMNO bahagian Beluran, Julie Sabran; Ketua UMNO bahagian Penampang, Datuk Mohd Asnol Ayub dan Ketua UMNO bahagian Tawau, Ghazalie Ansing.

Sementara itu, UMNO Wilayah Persekutuan Labuan turut mempunyai seorang wakil untuk merebut kekosongan Ahli MKT iaitu Ketua Bahagiannya, Datuk Paduka Mohd Rafi Alli Hussin.

Secara keseluruhan lapan wakil Borneo mencuba nasib pada pemilihan Ahli MKT UMNO kali ini daripada 95 calon yang disahkan layak bertanding.

Pergolakan politik di Sabah baru-baru ini yang digerakkan Bung Moktar dengan kerjasama Shafie Apdal Presiden Warisan menggulingkan Hajiji Ketua Menteri gagal telah menjejaskan hubungan kerajaan GRS dengan UMNO Sabah dan Warisan sebagai sebahagian dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

 Hajiji membalasnya dengan merombak Kabinet Sabah dan memecat menteri-menteri UMNO termasuk Bung Moktar dengan menggantikannya dengan Datuk ir Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya.

Pemilihan UMNO kali ini menentukan  survival parti apatah lagi UMNO Sabah kehilangan banyak kerusi kerana perebutan kuasa.

Ramai berpendapat kemelut Sabah hanya akan selesai dengan pertukaran tampuk kepimpinan selepas pemilihan nanti. Jika tidak Sabah akan terus berada ditakuk lama.

 

Comment