Muhyiddin Yassin sahkan akan dipanggil SPRM esok
22:03 Mar 08, 2023  |  By SabahKini2
Muhyiddin Yassin sahkan akan dipanggil SPRM esok

Dalam kemas kini di Facebook, beliau memaklumkan diminta hadir ke ke ibu pejabat SPRM pada pukul 11 pagi.

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis untuk memberi keterangan.

Dalam kemas kini di Facebook, beliau memaklumkan diminta hadir ke ke ibu pejabat SPRM pada pukul 11 pagi.

Beliau dalam masa sama menafikan laporan berita yang menyatakan beliau ditahan di padang golf hari ini seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Katanya, hari ini beliau hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

Pada 17 Januari lalu, SPRM telah memanggil Muhyiddin untuk memberi keterangan berhubung siasatan wang RM300 juta disyaki diterima parti itu daripada dana di bawah pakej rangsangan ekonomi COVID-19.

Comment