Azam Baki KP SPRM ‘Double Standard’, bebaskan Muhyiddin alasan sakit tapi hadir majlis kutuk kerajaan!
00:03 Mar 10, 2023  |  By SabahKini2
Azam Baki KP SPRM ‘Double Standard’, bebaskan Muhyiddin alasan sakit tapi hadir majlis kutuk kerajaan!

Apa jadi Azam Baki? Double Standard bebaskan Muhyiddin.Orang lain kena. Muhyiddin istimewa. Azam Baki takut Muhyiddin atau takut PM Anwar tak sambung kontraknya sebagai KP SPRM? Nampaknya PM Anwar pun Azam kencing!

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan, menyiasat, mengambil keterangan dan mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin esok akan didakwa di mahkamah satu tindakan yang tepat dan dinantikan.

Semua berhak mendapat pengadilan sewajarnya melalui mahkamah.

Menurut Azam SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur pada 10 Mac.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu katanya bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Bebaskan Muhyiddin tindakan ‘Double Standard’

Namun tindakan Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM membebaskan Muhyiddin dengan jaminan SPRM dan dikehendaki hadir ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan esok adalah sesuatu yang tidak wajar.

Ia memberi mesej yang salah kepada SPRM dan sangat ‘Double Standard’. Rakyat melihat ini. 

SOP SPRM jika pihak yang dipanggil SPRM untuk dituduh keesokan harinya sepatutnya ditahan di lokap SPRM bermalam sehingga pertuduhan dan jaminan selesai. Namun Muhyiddin sangat istimewa diberi pelepasan malam ini.

Jika sebelum ini pemimpin politik seperti Najib Razak, isterinya Rosmah, Datuk Seri Zahid Hamidi, Lim Guan Eng malah Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan pun bermalam di lokap SPRM bagi mengelakkan pihak yang dituduh membuat rancangan baru selepas tahu pertuduhan dan saksi-saksi yang dipanggil.

Persoalanya mengapa SPRM Double Standard? Jika begitu selepas ini semua pesalah ditahan boleh keluar dari tahanan SPRM. Esok boleh datang sendiri ke mahkamah!. Jika kesihatan dijadikan alasan utama,  Najib Razak juga tidak punya tahap kesihatan yang baik namun tetap bermalam di lokap SPRM

Selepas saja Muhyiddin Yassin keluar dari pejabat SPRM beliau telah membuat kenyataan media menyalahkan kerajaan, SPRM dan pihak tertentu menggunakan media meminta simpati rakyat.

Malah lebih buruk Tan Sri Muhyiddin yang dikatakan tidak sihat itu datang pula ke Majlis Perjumpaan bersama pemimpin PN di Markas PAS Taman Melewar. Mengapa begini? SPRM beri kebenaran? Hanya Muhyiddin boleh?



ALASAN SAKIT TAPI BOLEH HADIR MAJLIS PN KUTUK KERAJAAN. SALAHKAN ORANG DIA TAK BERSALAH!


KELUAR DARI SPRM MENGHASUT RAKYAT KONON DIA MEMANG TAK SALAH..
SEMUA DUIT KOMISEN TU DERMA..

Apa sudah jadi kepada Azam Baki? Apakah dia takut dengan Tan Sri Muhyiddin yang telah melantiknya sebelum ini sebagai KP SPRM?

Atau dia takut kontraknya tidak disambung sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim?

Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah 'dikencing' oleh  Tan Sri Azam Baki.

Azam Baki perlu bertanggungjawab kesan buruk dari jaminan keluar Tan Sri Muhyiddin malam ini. Bagaimana jika Muhyiddin mencari semua saksi-saksi kes dan ‘kawtim’? atau strategi Azam sengaja?

Azam akan bertanggungjawab?

Setidaknya PM Nampak kebodohan Azam Baki malam ini. Biar PM Anwar menilai tindakannya malam ini.

Sebelum dikencing lagi oleh Azam Baki, PM Anwar tidak wajar menyambung kontraknya sebagai KP SPRM. Berikan saja kepada mana-mana Timbalan KP SPRM yang layak sekarang. Terlalu banyak keburukan mengekalkan Azam Baki dalam suasana sekarang.

Moga mesej ini sampai kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2 Comments