YB Pembangkang hantar 'Claim' lambat salahkan parlimen tiada wang!
12:03 Mar 04, 2018  |  By SabahKini2
YB Pembangkang hantar 'Claim' lambat salahkan parlimen tiada wang!

Bayangkan tuntutan tahun 2015 dan 2016 pun masih ada! RM 1.33 juta lewat. Ini akan merumitkan proses bayaran kerana bayaran lewat tertakluk pada peraturan.

Benarkah Parlimen berdepan masalah kewangan, sehingga wakil rakyat tak terima bayaran?

The Malaysia Insight melaporkan SEGELINTIR ahli Parlimen pembangkang mengadu elaun perjalanan yang sepatutnya diberikan kepada mereka untuk sesi persidangan tahun lepas masih belum diterima.

Antaranya Ahli Parlimen Indera Kota Fauzi Abdul Rahman (PKR) ( sejak Oktober lepas), Fuziah Salleh (Kuantan) dan Anthony Loke (Seremban). Bagaimanapun mereka bersetuju selalunya tuntutan mereka cepat dibayar iaitu dua minggu ketika tuntutan dihantar awal.

“Selalunya ambil masa dua minggu tetapi kerajaan tak ada duit,” katanya mereka.

Mereka mendakwa sejak tahun lepas tuntutan elaun ahli Parlimen yang tidak dibayar tepat pada masanya selepas persidangan. Bagi gaji Ahli Parlimen tak mungkin mereka tidak dibayar iaitu RM16,000 gaji asas dan jika campur elaun gaji MP sehingga RM25 ribu sebulan. 

Bagaimanapun apa yang Ahli Parlimen pembangkang bisingkan ialah pastinya tuntutan perjalanan atau perbelanjaan sebagai ahli Parlimen. Kelewatan tuntutan perjalanan/ perbelanjaan adalah perkara biasa bagi mana-mana penjawat awam apatah lagi jika terdapat perkara teknikal yang menyebabkan kelewatan.

Perangai orang politik seperti Ahli Parlimen termasuk anggota pentadbiran (kabinet) ialah kebiasaan menghantar tuntutan  lewat terutama menjelang hujung tahun. Belum termasuk perangai Ahli Parlimen yang mengumpulkan semua tuntutan untuk dihantar kepada jabatan kewangan Parlimen. Bukan sahaja untuk tahun itu tapi tahun sebelum itu pun ada. Ini perangai biasa wakil rakyat! Pembangkang mungkin ramai jenis macam ini.

Mana-mana jabatan kerajaan kebiasaannya akaun akan ditutup pada setiap disember  tahun  berkenaan. Tarikh tutup akan diberi tahu bagi semua tuntutan dibayar bagi tahun tersebut. 

Jika tuntutan dihantar lewat dari tarikh tutup akaun maka semua bayaran akan tertakluk pada Peraturan Kewangan AP58 (Kebenaran Khas) dan AP59 (sesuatu perolehan yang telah dilakukan tanpa mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa)

Jadi dakwaan Loke, ahli Parlimen Seremban ia sebagai bukti Putrajaya berdepan masalah kewangan sehingga ahli Parlimen pun tak dibayar adalah tidak tepat ia punca sikap mereka. Semakin ramai Ahli Parlimen mempunyi sikap memandang mudah pada tuntutan sehingga diakhir-akhir hujung tahun maka semakin memberi kesan kepada Ahli Parlimen lain yang berdisiplin membuat tuntutan awal.

Mereka yang lambat hantar 'claim' maka mereka perlulah bersedia berhadapan dengan prosedur kewangan. Sama ada ia dibayar mengikut AP58 atau AP59 ia tertakluk pada kes di jabatan atau agensi berkenaan. Ada kes tuntutan seperti hotel dan program yang tidak mengikut garis panduan kerajaan maka AP59 terpaksa digunakan. 

Perkara-perkara berikut memungkinkan AP58 dan AP59 terpaksa digunakan iaitu;

a) Tiada peruntukan atau tidak cukup peruntukan. (Tiada peruntukan ini jarang berlaku untuk tahun semasa)

b.Bil-bil dikemukakan lewat. (paling banyak dilakukan)

c.Penyata tuntutan diterima lewat

d.Terlepas pandang.

e.Terlupa membuat tuntutan.

f.Tidak mengetahui pekeliling dan surat pekeliling.

g.Tidak mengetahui peraturan dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan.

h.Lain-lain alasan yang difikirkan tidak munasabah.

Para pegawai Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen itu sendiri mesti peka peraturan kewangan. Sila rujuk 

AP59
http://1pp.treasury.gov.my/sub-topik/fail/65/muat-turun

AP58
http://www.anm.gov.my/images/perak-soalan-lazim/AP58a.pdf

http://www.anm.gov.my/images/JANM/AO/Kedah/02-Berita/11._Kelulusan_Pembayaran_AP58_a.pdf

Semua tuntutan Ahli Parlimen dan Anggota Pentadbiran (Kabinet) mesti tertakluk kepada kelayakan masing-masing. Bukan yang diada-adakan atau melanggar peraturan kewangan.

Pada 16 Januari lalu Utusan melaporkan kelewatan pembayaran elaun persidangan Ahli Parlimen untuk bulan November dan Disember tahun lalu berjumlah RM1.2 juta berlaku kerana sikap wakil rakyat yang lambat mengemukakan tuntutan. Sila klik http://m.utusan.com.my/berita/politik/sikap-ahli-parlimen-punca-lewat-pembayaran-1.591427

Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen dalam satu kenyataan menjelaskan, pihak pengurusan Parlimen telah meminta semua Ahli Parlimen mengemukakan tuntutan pada tahun semasa, namun sehingga ke hari ini saranan itu masih tidak dipatuhi.

Kata kenyataan itu, berikutan kelewatan tersebut, tuntutan itu terpaksa dibayar menggunakan peruntukan tahun semasa setelah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Bagi bulan November dan Disember 2017, terdapat 299 tuntutan daripada Ahli Dewan Rakyat diterima. Bagaimanapun, pihak Parlimen terpaksa mendahulukan pembayaran ke atas tuntutan-tuntutan tahun 2015 dan 2016 yang dikemukakan Ahli Parlimen berjumlah RM1.33 juta.

"Oleh kerana tuntutan tersebut lewat dikemukakan kepada pihak Parlimen, akibatnya ada urusan-urusan tahun 2017 terutamanya elaun persidangan pada November dan Disember berjumlah RM1.2 juta terpaksa ditangguhkan pembayarannya ke tahun 2018," kata kenyataan itu.

Bayangkan tuntutan tahun 2015 dan 2016 pun masih ada? Ini sikap Ahli Parlimen jenis tak kisah dan melengah-lengahkan kerja dan menyusahkan pegawai yang menguruskan hal tuntutan. Pegawai tertakluk pada peraturan kewangan untuk mendapatkan kelulusan bayaran tuntutan lewat. Belum cerita lagi Ahli Parlimen dikesan banyak menipu 'claim'. Pegawai parlimen yang jaga tuntutan pun pening. Bukan tak tahu tetapi terpaksa menyaring semua tuntutan yang dibuat yang boleh dibayar atau tidak. 

Apa Ahli Parlimen pembangkang ni ingat emak bapak kamu punya ke jabatan ni suka-suka hantar 'claim' lambat! Kalau dah tahu jenis YB lambat upah saja orang lain buat 'claim'. Dah lambat dan salah sendiri 'semua salah Najib"!

142 Comments